Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Saat dipinang Izrail.

12 Febuari 2015

Petang tu, buka whatsapp. Dapat berita tentang perginya seorang pengulas sukan tersohor Malaysia, Datuk Hasbullah Awang. Allahu~ Datuk dijemput Allah. Indahnya...

Malam itu, lebih kurang jam 2200, bertubi-tubi pula message masuk menyampaikan berita pemergian seorang yang tersohor di bumi Malaysia, Tuan Guru Nik Aziz. Allahu~ Izrail datang menjemput TGNA setelah dirisik beberapa kali sejak tahun 2004 sehinggalah risikan terakhir yang membawa beliau terlantar di HUSM. Allahu~

Bagi aku.....

Indahnya saat dipinang Izrail. Saat yang mana kita tahu peluang untuk kita menjadi fitnah kepada Islam (inshaa-Allah) tiada. Peluang untuk kita derhaka kepada Tuhan tiada. Peluang untuk kita bertemu kekasih terbuka. Allahu~

Entah kenapa. Aku cemburu. Perasaan itu mebuak-buak.

Melampau kah aku kalau aku kata aku tak sabar mahu berjumpa dengan kekasih sejati.? Hati aku meronta ingin bersama pemilik hati dan kekasih-Nya. Sungguh.

*senyum*

Amalku gerimis, aku sedar. Ucapku lebat, aku sedar.

Tapi..... Ini adalah satu perkara yang tak pernah boleh aku tipu. Aku rindu...~ Aku sangat rindukan pemilik sekalian alam. Sungguh..! Dan aku.... Sebenarnya takut.

Pernah rasa tak perasaan tu? Perasaan takut yang kau akan jadi fitnah kepada Islam. Bimbang kalau-kalau kau lah penyebab orang membenci Islam. Gusar andai Islam di salah erti kerana engkau. Aku takut. Sangat.

*tarik nafas dalam, hembus*

Dosa bertimbun, hutang menggunung, tapi bermimpi mahu berjumpa Tuhan. Allahu~ *malu*

Kadang, aku tertanya: "Bila ya, Allah mahu jumpa aku?" Tapi, bila difikir balik.... Amalku masih belum pas untuk beli tiket ke syurga.

Kadang, aku tertanya: "Boleh tak Allah bangkitkan aku sebaris dengan sahabat dan mereka yang sangat dicintai kekasih-Nya?" Tapi, bila difikir balik.... Apa je sumbangan yang aku pernah buat?  *sigh*

Kadang, aku tertanya: "Agak-agak, pinangan Izrail terhadapku nanti akan jadi satu pengakhiran yang terindah ke?" Tapi, bila difikir balik.... Cara kita meninggal adalah selari dengan cara kita hidup. Allahu~ *nangis*
Bukan tidak takut dengan dosa yang terkumpul, cuma cinta berbakul-bakul.
Bukan tidak mahu mengindahkan akaun pahala, cuma kasih tak terkata.
Bukan tidak mahu menjadi penyebar dakwah, cuma takut bertukar kepada virus ummah..
Bukan tidak mahu menjadi kekuatan umat, cuma takut menjadi fitnah banyak teramat.
Bukan berputus harapan dengan rahmat Tuhan, cuma rindu tak terungkapkan.
Allahu~

Bila Allah izinkan aku untuk selangkah melihat usaha Nabi Ibrahim, hanya syukur yang bisa kukata.

Mudah-mudahan, saat-saat berada di sana adalah saat yang paling indah dalam hidup aku.

Dan, moga-moga kita dijemput Izrail dalam keadaan di mana penduduk langit amat menantikan kepulangan kita.

____

Ayat tadabbur:
-Surah 'Ali Imran, ayat 185
Hadith to ponder:
“Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)

No comments: