Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

Menulis

Tiba-tiba teringat waktu Counseling session dengan Madam Nordina. Ada satu waktu, kami (kesemua 12 orang) diminta untuk utilise kan segala peralatan yang disediakan dan describe diri sendiri dan nak orang ingat kita sebagai apa waktu kita dah tiada nanti. Waktu tu, tangan cepat je capai satu kertas A4 dan crayon sebtang -warna hitam. Guess what I did? Hehee~ ^.^

Satu helai kertas, digulung-gulung dan diwarnakan sedikit di hujungnya. Cuba lah teka. ^.^ Waktu tu, Hani tanya personally sebelum masing-masing kena present barang kitorang. Dia tanya, "Apa ni? Ubat untuk resdung ke?" Tett~ Nak ketawa guling-guling dengar kata-kata dia. *nampak sangat aku ni noob dalam bab-bab seni sampai orang boleh interpret macam tu*

Bila sampai turn aku, aku tanya "Can anybody guess what this is?" -saja nak wujudkan two-ways communication (untuk hilangkan nervous.?) Semua diam and Hani pandang aku dengan riak-wajah-muka-nak-cakap-itu-buat-ubat-resdung. "Nope. Itu bukan ubat untuk resdung yang orang bakar kat hujung pastu asap-asapkan dekat muka/telinga tu." Waktu ni, Qais punyalah ketawa. Tak tahu apa yang lawak sangat bila aku cakap ubat resdung. Sampai sekarang teringat muka dia ketawa tu. Entah kenapa. Aku rasa muka tu sangat happy dan melekat dekat kepala aku sampai sekarang.

"Ini, pensel."

Kamal hanya mengangguk sambil buat muka dia.

Marini tanya, "Kenapa pensel?"

"Haa... Kenapa pensel? Apa signifikan pensel ni dengan apa yang awak nak orang ingat awak sebagai apa?", kata Madam Dina.

"Sebab I write more than I talk" jawab aku ringkas. Waktu ni, semua macam "oooo..." Especially si Kamal dengan Qais beria-ia nak meng-'oooo' kan. Dan Akmal.... Riak muka dia macam.... Entah. Aku tak tahu nak interpret apa. Again, aku tak faham kenapa dengan diorang tu.

[I WRITE MORE THAN I TALK]

*senyum* Jujur aku rasa yang hakikatnya memang aku lebih suka menulis dari bercakap. Aku lebih mudah sampaikan apa yang aku rasa melalui penulisan dari bicara. Bagi aku, kalau kita berkata-kata kadang, kita tak tahu apa yang orang tu fikir. Dan.... mungkin tanpa sedar, tanpa niat... Kita mengguris hati orang tu atau worse kita buat orang tu interpret satu benda yang salah. Hmm... Not to mention yang aku agak paranoid bab bergaul dengan manusia. Bukan nak kata aku duduk dalam gua tak bergaul langsung. Tidak. Cuma aku takut meluahkan pada manusia. Sebab aku membesar dengan notion 'Kalau orang tu boleh cerita / burukkan pasal orang lain dekat kau, tak mustahil satu hari nanti dia akan buat benda yang sama pada kau' Aku tak tahu kenapa aku paranoid sangat dengan benda tu. Dari kecil sampai sekarang, memang aku bawa satu persepsi yang, 'tak perlu kot nak bercerita sangat pasal orang lain...Diri sendiri pun tak baik lagi sibuk nak kata kat orang' dan 'kau tak tegur pun orang tu...kau tak bantu dia pun untuk dia berubah..kau tak nasihat dia pun apa yang dia patut ubah... Lepas tu, sesedap rasa kau mengata dan bercerita tentang dia pada orang lain. C'mon man! Kau dah baik sangat ke?' Yes. Itu yang aku pegang sampai sekarang. Aku cukup tak suka bila orang mengata tanpa dia sendiri ada effort untuk bantu orang tu ubah sikap / perangai dia yang tak bagus. Ok, back to business. I write more than I talk. Penulisan aku, expressi aku. Kalau kalian baca, itulah apa yang kalian boleh dapat dari diri aku. Ya, aku orang yang agak mudah di-interpret especially melalui tulisan. Dan, bila aku kata aku sayang, I really mean it. Sebab, aku tak reti nak express kan di mulut. Kadang, perbuatan aku pun tak menunjukkan rasa sayang aku pada seseorang. Cuma, iya. Bila terpateri kata sayang melalui pena ku dalam penulisan, I really mean it. Dan, aku harap 'hadiah' itu, Allah jagakan hingga ke sorga.

p/s: ter-rindu pada semua -Hani, Suhaib, Akmal, Alfie, Yazid, Zura, Kamal, Qais, Jepah, Marini, Nippon.
pp/s: tiba-tiba jadi narcissist dok cerita pasai diri sendiri. heh~ :p

No comments: