Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

Soalan cepu cemas.

Situasi 1

Soalan: Nak tanya something, boleh?

Jawapan: Tanyalah.

Soalan: Awak dah bertunang, eh?

Jawapan: A'ah. Tarikh nikah je tak tahu lagi bila.

Soalan: *tunduk* Dengan siapa?

Jawapan: Dengan ajal. Nikah waktu Izrail datang jemput nanti. :)

___

Situasi 2

Soalan: Hai... Awak sihat?

Jawapan: Alhamdulillah. Macam ni lah keadaannya.

Soalan: Hmm... Ye ke ni? Hmm.... Awak sebenarnya sakit eh?

Jawapan (yang dijawab dengan soalan): *senyum* mana dengar cerita?

Soalan: Haa..? Jawab lah soalan saya dulu.

Jawapan (yang tak berapa nak menjawab soalan): Inshaa-Allah, sihat. Kuasa itu pada Allah, kan? Simpati juga haruslah minta pada Allah. :)

___

Situasi 3

Soalan: Awak ada boyfriend?

Jawapan: Laa... Kan dah cakap tadi.

Soalan: Haa? Bila pula? Siapa?

Jawapan: Lerr... Ajal tu lah boyfriend saya...

___

Situasi 4

Soalan: Okay.Tukar soalan. Awak ada suka someone?

Jawapan: Ada. Bohong kalau tak ada.

Soalan: Heeee~ Nak tahu siapa, boleh?

Jawapan: Sure. Ibu dan ayah saya :)

___

Situasi 5

Soalan: Hmm... Pernah tak awak buat something yang awak rasa tak patut buat?

Jawapan: Pernah.

Soalan: Mind sharing?

Jawapan: Ter-rindu pada orang yang beri pesanan : "Lepas ni, rapat-rapatkan lagi hubungan dengan keluarga" dan selalu tegur "Ustazah, behave". Sigh. *mana entah dia hilang* Okay. Enough with questions. Nanti entah apa apa pula yang keluar.

No comments: