Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Telefon berbunyi. Aku tengok skrin, nombor dia.

 "Assalamualaikum" 

 "Waalaikumsalam. Hmm..?" Jawab aku ringkas.

 "Kau okay hari ni?" 

"Alhamdulillah. Macam biasa je.. "

 "N, kenapa berahsia dengan aku?" 

 "Rahsia apa?"

 Jeda. Nada dia tadi -nada kecewa.

 "Bila next appointment?" 

 Diam.

 "N, aku dah tahu kondisi kau dan haritu... Kau nangis... Sebab kau rasa kau tak mampu bagi yang terbaik, kan? Sebab kau rasa kau boleh, tapi kau tak mampu... Sebab.... Kau... Sakit. Kan.?" 

 Jeda.

Air mata aku mengalir sebutir demi sebutir mendengar setiap bait perkataan dia. Kau terlalu mengenali aku. Aku bukan tak nak cakap. Tapi, aku sedar aku ni dah selalu sangat cerita masalah dekat orang. Sedangkan orang lain pun ada kebutuhan dan permasalahan masing-masing. Jadi, aku fikir, diam itu lebih baik.

 "Aku... Tak nak susahkan orang... Bagi aku, cukup-cukuplah aku beban dan serabutkan orang dengan rungutan yang entah apa-apa."

 "N, habis tu apa guna nya kawan? Kawan waktu senang je ke?" Dia marah dengan kenyataan aku. Diam.

 "N, aku ada request. Dan aku harap kau tunaikan. Ok?" Ujar dia lembut.

Aku masih diam. Takut permintaannya tak tertunai.

"N. Please...?"

"Hmm.. inshaa-Allah."

"Pertama sekali, aku nak kau lap air mata kau. Janji dengan aku lepas ni kau kena kuat. Kau kena kental biar disental apa pun, kau tetap engkau yang punya Allah di hati. Ok.?" 

"Hmm..."

"Janji!?"

"Aku cuba"

"Dan lepas ni, please... No more secrets between us -walau remeh mcm mn pun, okay? Kita dah kawan lama... Please, janji dengan aku." 

 Diam.

 "Nur, I am not accepting a 'no', titik" tegas dia.

 "Hmm." Aku mengiyakan. "Jat, sorry... and thanks. Barakallah..."

 "Waiyyaki.. Syafakillah wa 'afaaki"

2 comments:

i.A said...

Syafakillah hawak

Nur said...

Ameen~ :) Jazakillah, Adda :)