Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Sunday

"Nah" dia hulurkan tisu.

Aku kalihkan muka ke tempat lain. Malu dilihat dia dalam keadaan macam ni.

"Kenapa menangis?"

"Tak ada apa"

"Sakit lagi..?"

Diam.

"Kalau lah buku pahala tu boleh nampak macam buku bank, mesti banyak gila kan pahala yang kamu kumpul"

Hati makin sebak bila dengar kata-kata dia. Waktu tu, malu sangat. Sakit ini, bukan apa-apa pun -umpama boleh dijentik begitu sahaja. Tapi, kenapa aku macam tak ada effort untuk 'jentik' ia pergi? Ke, aku sudah ada dalam 'comfort zone' ?

Dia mendekat. Badan aku dipeluknya erat. "Hey... Innallaha ma'anaa, kan..?"

Aku, tak mampu nak berkata apa-apa. Hati aku waktu tu, macam ditiris-tiris. Pedih.

"Untung betul kamu ni... Sayang betul Allah dekat kamu, kan? Mesti bnyak pahala yang kumpul. Nak pula tu, dosa berguguran dengan setiap kesusahan yang kamu lalui" dia senyum.

Allahu~ Dosa berguguran? Terasa macam ada enormous boulder hempap atas kepala aku bila dengar perkataan tu. Malu nya, ya Rabb. Andai sahaja dia nampak dosa-dosa aku~ Mujur sahaja Allah jadikan dosa itu perkara abstrak. Kalau lah dosa itu ibarat jerawat, mesti lama dah muka aku ni dah tak ada ruang untuk dia tumbuh. Kalau lah setiap satu dosa yang aku buat tu, Allah bagi busuk; mesti dari jauh lagi orang mengelak nak jumpa aku -umpama syaitan tukar lane bila nampak Saidina 'Umar. Sigh. 

Allah itu..........baik sangat. Dan, aku malu. Betul-betul malu. Sebab, kafarah yang Dia bagi, kecil sangat nak dibanding dengan nikmat yang Dia hadiahkan. Allah~

Aku malu. Tangisan aku makin kuat. Pelukan dia juga makin kuat. Jari dia lembut mengelap air mata aku yang mengalir.

"Hey, fighter! Istighfar, yuk! Jangan macam ni.... Ya?" dia cuba memujuk.

Aku tarik nafas dalam. Cuba menahan tangis. "Awak, kita malu. Dan kita penat -dengan diri sendiri. Dah 23 tahun Allh pinjamkan kita ruh, tapi apa yang kita dah sumbangkan pada Islam? Bila Allah uji kita, kita mengeluh. Kita rasa kita macam tak ada effort pun nak berdepan dengan ibtila' yang Allah bagi"

Jeda.

"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha, kan?*" ujar dia dengan nada memujuk.

Sigh.

"Tak apa lah, awak. Thanks. Sepatutnya kita borak dengan Dia, bukan complaint je memanjang, kan" senyum nipis. "Thanks, anyway. Barakallah"

____________

*Al-Quran (2:286)

Ayat tadabbur, nah: [ Al-Quran (57:22) ]

No comments: