Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Monday

Matematik tuhan.

Saya pernah ditanya oleh seorang kawan yang bukan Islam tentang soal tuhan. Dia tiada agama dan tidak percaya pada tuhan.

Saya bertanya adakah dia percaya pada matematik. Satu ditambah satu, menjadi dua. Dia percaya. Dia yakin pada matematik.

Maka saya memberitahunya bahawa dari segi matematik. kita perlu menyembah tuhan.

Dari segi matematik, hanya ada 2 kemungkinan atau possibility. Pertama, tuhan wujud. Kedua, tuhan tidak wujud.

Kalau kemungkinan pertama betul, tuhan wujud, saya akan masuk syurga bila mati kerana saya menyembah tuhan. Dia pula akan ke neraka kerana menolak tuhan. Dibawah kemungkinan pertama, saya selamat dan dia tidak.

Kemungkinan kedua ialah tuhan tidak wujud. Kalau tuhan tak wujud, bila mati saya masih selamat kerana tiada neraka. Saya akan hilang begitu saja. Dia juga akan selamat kerana tuhan tak wujud dan neraka tak wujud. Dibawah kemungkinan kedua, saya tetap selamat.

Dari segi matematik, sekiranya saya menyembah tuhan, kemungkinan saya selamat ialah 100%. Di bawah kedua-dua kemungkinan saya akan selamat. Sedangkan dia, dari segi matematiknya, hanya mempunyai kadar selamat sebanyak 50%. Sekiranya tuhan dan neraka ada, dia akan ke neraka kerana menolak tuhan.

Seorang yang percaya pada matematik patutnya percaya kepada tuhan.

Tapi bukan kerja kita bagi hidayah. Kita hanya memberi nasihat kerana agama itu nasihat-menasihati.

Wassalam


-Dr. Yazid

No comments: