Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Monday

"Allah tengah prepare kau untuk sesuatu" -Budak Tomato

Petang tu, aku malas nak jogging. Aku cuma tunggu kawan-kawan aku yang lain buat se-round dua dekat tasik. Aku? Duduk seorang-seorang tepi tasik, hanyut dalam fikiran sendiri. Tiba-tiba ada seseorang duduk sebelah aku, sapa aku.

"Kau okay?"

Aku toleh kiri. Jat, lebih kurang sedepa dekat sebelah aku. Waktu tu fikiran aku kosong. Diam sekejap, pandang rumput lepas tu cuma jawab sepatah, "Tak"

"Kenapa?"

"Entah. Penat. Penat sangat"

"Sejak bila perkataan tu kau masukkan dalam kamus harian kau?"

Mengeluh.

"Dan, sejak bila kau pandai mengeluh depan aku?"

Senyum segaris. "Heh"

"Kau lupa apa kau cakap dekat aku dulu?"

Geleng. "Cuma, aku rasa aku dah tak mampu"

"Again, sejak bila phrase tu jadi phrase yang mudah sangat keluar dari mulut kau?"

Tunduk.

"Kita kan punya Allah. Ingat apa yang kau selalu cakap dekat aku? -Allah tak pernah salah dalam perancangan-Nya"

Mata mula berair. Kepala tak diangkat sebab nak mengelak daripada Jat nampak. Tak macho lah kalau dia nampak aku menangis macam ni.

"Kau lupa anthem kita?"

Jat capai buku A World Without Islam dekat sebelah aku -ya, aku suka bawa buku ke mana-mana walaupun aku tak baca. Buku tu, Jat yang hadiahkan pada aku. Dia ambil bookmark khat yang dia buat. Dia hulur pada aku bookmark tu.

Anthem kita; Surah At-Taubah ayat 129. Allahu~ Sumpah aku tak boleh tahan air mata aku daripada mengalir.

"N, ingat apa yang kau share dengan aku dulu? Pasal rukun iman? Yang kau duk shame-shame kat aku macam shame-shame dekat budak kecil tak pakai baju tu?"

Shame-shame macam dekat budak kecil tak pakai baju. Waktu tu~ Waktu Jat mengadu dia merajuk dengan Allah.

Shame shame, tak malu! Shame shame, tak malu! Benda sikit pun nak merajuk dengan Tuhan. Ceh! Terus rukun iman tak lepas nak jadi awesome! Hahahaha~


Allah~ flood gate aku terbuka luas pula. Makin laju pula air mata aku mengalir. Aah! Air mata.... kenapa perlu kau makin laju pula mengalir depan Jat ni? Stop! Tolonglah!~

Jat hulur sapu tangan dia dekat aku. "Jangan risau, bersih. Aku tak sempat nak lap peluh aku lagi", kata dia. Lagi lah aku segan! Budak ni!

"Pergilah!" Aku halau Jat sebab malu. Aku tak suka orang nampak aku menangis. Aku tak suka orang tengok 'aku-yang-cengeng'. Aku tak suka!

"Tak nak"

"Kau tak nak pergi sudah. Biar aku yang pergi" Aku bangun, tak pandang muka Jat langsung. Jat tetap tak nak tinggalkan aku seorang-seorang. Dia ikut je aku dari belakang.

Kalau ikut hati, nak aje aku menyumpah dia ni. Aku malu la weh! Aku malu kau tengok aku dalam keadaan macam ni. Go away, boleh tak?!

"Jat, dah lah. Tak payah ikut aku" Aku merayu.

Jat tak peduli pun permintaan aku. "Kau nak tahu something? Dulu kan... Ada orang bagi aku satu kata-kata. Meh aku share dengan kau apa yang dia cakap"

Aku langsung tak toleh pada dia. Jat pula, gigih betul ikut aku dari belakang.

"Dia kata, every cloud has a silver lining. Allah tu sebenarnya baik sangat..... Sangat-sangat baik. Sebab Dia sebenarnya tengah simpan hadiah untuk orang yang diuji-Nya. Sebab tu, Allah tak bagi kita putus asa. Ayat apa eh yang dalam Quran tu? Yang larang kita dari berputus asa?"

Aku diam.

"Hmm... Suruh Yusuf ayat 87, kan?"

Aku tak respon pun pada soalan dia.

"N, hari tu aku baca dekat blog Budak Tomato. Quote unquote eh, dia kata 'Allah tengah prepare kau untuk sesuatu' . Aku suka kata-kata dia"

Aku lap air mata dengan belakang tangan. "Jat, kau nak tahu something?"

"Apa?"

Senyum segaris. "Tak apa lah. Nanti je lah aku cakap"

No comments: