Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Salam'alayk. ^.^
Hokkaido cake in the house!!~ :p
Kalau nak, mai laa.. -sent-

-message received-
waalaikumsalam.. Nakkkkk!!! Nanti kita ajak Abang!
^o^

Hmm..Ajak Aunty Naa skali, okay. :) -sent-

-message received-
Sure, akak! :-*


×××

"Mmmm... Dap...." kata Farah dengan senyuman comel mata kecik dia tu. "Akak, nanti buat lah cream puff pula...! Kita mengidam lah kak..."

"Mengidam? Amboii.... Hampa mengandung ka nak mengidam bagai?" saja aku usik si Farah ni.

"Ish.. Akak ni. Ingat orang mengandung je ke boleh mengidam? Orang tak mengandung pun sama lah.." 

Lucu pula aku tengok dia ni.

"Ada pula macam tu.."

"Mesti lah ada..! Akak... Kita nak bagitahu akak satu rahsia ni. Nah" dia hulurkan satu flyer pada aku.

Aku pandang flyer tu dengan pandangan kosong. Tak tahu nak bagi reaksi apa. "Water rafting? Dekat Kuala Kubu Bharu?"

Dia angguk -excited. "Jom!"

Farah ni biar betul.. Takkan lah si Jat tu nak bagi adik kesayangan dia main sukan ni. What more bila Farah baru je keluar hospital minggu lepas sebab semput. Mata aku automatik melirik pada Jat. Lepas tu aku muncungkan mulut mengisyaratkan pada Jat.

"Alaa... Jangan bagitahu Abang. Kita-kita je lah pergi. Jom!" Farah seakan berbisik dengan aku, takut-takut Jat dengar. "Pleaseeeee....~"

"Haa! Dok bisik amende tu?" sergah Jat. Entah bila dia ada belakang kitorang pun aku tak tahu.

Farah cepat-cepat sorokkan flyer dari Jat.

"Apa tu? Bak sini, nak tengok."

"Tak ada apa... Ini hal perempuan lah, bang. Menyibuk je.! Pergi lah makan kat sana tu..!"

"Meh lah sini kertas tu. Abang nak tengok" paksa Jat.

Farah akur. Flyer tu dia hulur pada Jat.

Bila Jat pegang je flyer tu, Farah terus bertukar ke defensive mode. Cepat-cepat dia bersuara: "Abang, abang tahu tak yang water rafting ni bagus? Lagipun, main benda ni selamat lah, bang. Nanti kan kita pakai life jacket. Lepas tu, mesti ada JPAM kan?"

Jat masih diam.

"Lagipun, I bet you've heard yang sukan ni boleh boost kan confidence seseorang kan? Time ni lah nak tukar diri yang timid jadi bold sikit...adventurous sikit. Baru lah fun hidup ni. Ye dak?" Panjang lebar si Farah ni dok bagi penerangan cum impliedly memujuk abang dia. "Baru lah qowwiy.... Kan?" tambah Farah dengan senyuman comel macam Puss in Boots.

"Nah" kali ni, Jat pula hulur kertas yang ada dalam poket seluar dia pada Farah. "Yang tu baru lah qowwiy sungguh. Baru adventurous sungguh"

"Abang....."

Jat halakan jari telunjuk dia pada kertas yang dia bagi tadi, lepas tu dia buat isyarat bagus. Sengih.

Aku yang duduk tepi terpinga juga lah sekejap dengan dua beradik ni. Kertas yang ada kat tangan Farah aku ambil. Rupanya kertas tu pasal ni haa:




No comments: