Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

(21 : 35)

بسم الله الرحمن الرحيم

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ
Every soul must taste of death (21:35)
___

Abah; Mama; Me

Nur, suami ustazah N meninggal dah pagi tadi.

Haaa? Iya ke?

A'ah. Dua hari lepas masuk hospital. Dia tak sedarkan diri. Nak kata koma macam tak sebab tangan dengan kaki dia bergerak-gerak cuma tak sedar. Bila Ustazah borak dengan dia, mengalir air mata dia.

Hmm.. Kalau nak meninggal tu sekejap je Allah boleh ambil nyawa, kan?

Hmm.. Rasanya orang baik-baik memang Allah mudahkan cara meninggalnya. Kiranya kejap je sakit lepas tu meninggal.

Itu lah. Waktu kita melawat dia dekat hospital, terdetik dekat hati ni yang mati ni bila-bila masa je. Jadi tak boleh tangguh buat kebaikan.

A'ah. Mati ni bila-bila masa je. Sampai ajal, meninggal lah kita.

Hmm.. Macam masa kuliah subuh pagi tadi bila Ustaz Shafie sebut pasal umur kewafatan Nabi 63 tahun, saya ni dah 60 tahun dah (sambil pandang Mama)

(le eyes starting to prickle with tears)

(diam 5 saat) Tapi, kita boleh doakan untuk umur dipanjangkan. Doa lah agar umur kita panjang.

Hmm.. Amal kita pun tak cukup lagi. Sebab tu minta umur panjang, kan?

(trying to hide the tears from le parents)

Ya lah. Doa lah umur kita panjang biar kita dapat tambah amal kita. Anak-anak kita pun masih perlukan kita.

(lari masuk bilik, tak dapat tahan diri dah)

___

Ah! Sekali lagi aku emosi.

Aku, terlalu cintakan mereka.

______________________________________________________________________________

p/s : ya, aku lupa nak sebut Innalillahiinnailaihirajiun tadi. Dan sekarang, aku dah sebut.
pp/s : kenangan enam tahun lepas amat menyakitkan dan aku harap ia tak berulang -ever; aku tak betah.
ppp/s : Oh, ada lagi satu pesanan parents aku tadi : "Kita jangan sombong meminta orang untuk mendoakan kita juga" Jadi, jom pos doa banyak-banyak sesama kita.

2 comments:

saya said...

:')

"and indeed, death is the best reminder"

Nur said...

:')

couldn't agree more.