Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday


Kereta diberhentikan. Gear ditukar kepada neutral, brake tangan ditarik.

Buka pintu.

"Weh"

Toleh ke kanan.

"Ni" Dua jari dia tarik dekat tepi bibir mengukir senyuman.

Diam dua saat.

Bibir mula mengukir senyum. "Copy that. Assalamualaikum"

Dia senyum. "Waalaikumsalam"

"Jat, take care"

Dia balas dengan senyuman lagi.


***

Masuk bilik, kunci pintu, rebahkan badan atas katil.

[Allah~]

Tangan mencapai telefon bimbit. Check whatsapp. Buka conversation dengan dia.

Jat, thanks.
-message sent-

Okay dah?

Mungkin.

Kau kenapa? Dari hari tu bisu semacam je? Ok tak ni?

Okay, kot. Cuma otak kontang dan lidah kejang untuk berkata-kata kot.

Ada masalah ke?

Entah. Tak tahu nak cakap apa je.

Hmm.. Kalau tak boleh borak dengan manusia, cuba kau borak dengan Tuhan. Insya-Allah, Dia tolong kau.

Terdiam kejap. [Borak dengan Tuhan.... Sigh. Iman aku pun entah sesat ke mana cuti-cuti ni]


Jat, aku rasa faith-scale aku on the low side. Mungkin betul lah kau kata, kena borak dengan Tuhan; ya lah, dengan Tuhan aku tak borak masakan aku boleh borak dengan manusia kan? Sigh.

Aku... Rindu waktu ada dekat peak dulu. Tapi, susah betul nak daki balik. Tiap kali cuba terasa as if the hillside is fully covered with mosses. Licin... Sangat. Sigh.

Dah nama manusia, mesti ada turun naik. Hike perlahan-perlahan lah.

Sigh. Tengah cuba. Cuba nak tawarkan racun dosa yang kuat sangat menyerap hati; racun yang melumpuhkan badan ni. -.-

Weh..

Hmm?

Kalau tak silap Ahad ni ada kuliah dekat masjid. Jom! Malaikat berbondong-bondong menanti kat sana. Mungkin itu boleh tolong polish hati kau.

Jat.....

Hmm.?

Barakallah.
____

Allah, terima kasih.

TBNSA_RL : 1742/082613

4 comments:

a.H. c.o said...

senyum ^__^
saya suka baca entri akak.
bersahaja nadanya.
tapi penuh dengan makna.

sama seperti hlovate.
gaya bersahaja tapi mampu memikat hati orang ramai.

:)

Nur said...

:)

cIK aRD said...

w r u....
kezen H ke heeeheee

Nur said...

erk? kezen H?