Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

#1


Cantik betul langit malam tu. Walaupun hujan renyai, taburan bintang masih boleh nampak kat hamparan langit. Banyak pula tu. Itu yang aku suka pasal kampung. Angin segar, udara bersih. Bila malam pula, sedap je mata pandang wallpaper yang Allah buat. Cantik!

Aku hulurkan mug koko panas pada Iya. Iya ni memang diam. Suka buat hal sendiri. Kalau orang tanya sepatah, sepatah lah dia jawab. Kadang-kadang je dia buka mulut berborak. Suka sangat buat hal sendiri. Kitorang panggil dia "Lone Ranger", tapi of course lah without her knowledge kan. Maunya dia merajuk sorang-sorang kalau tau orang labelkan dia macam tu.

"Kenapa lari keluar? Tak suka eh join diorang?"

"Saja. Nak ambil angin" Iya senyum nipis. "Sedap air"

"Of course..... Drizzling macam ni mesti lah kena ada hot chocolate. Pergh! Baru best. Kan?"

Iya senyum lagi.

"Sana sikit, nak duduk. Biar kita temankan Iya kat luar eh. Tak elok anak dara duduk luar sorang-sorang" Aku tolak badan Iya ke tepi sedikit.

Iya ketawa nipis. "Awak pun anak dara, Che' A" , kata Iya perlahan tapi dapat jugalah telinga aku yang tajam ni mendengarnya.

"Diorang gossip apa kat dalam tadi?"

"Pasal siang tadi; anak Aunty Besah pakai apa, anak Aunty Yam tak beli beg baru. Stuff like that"

"Oh... Dah tu, kenapa tak join? Borak-borak dengan sedara mara. Tak manis tau duduk sorang-sorang, buat hal sendiri. Nanti orang kata sombong."

Iya senyum segaris. "Bukan tak nak borak, tapi it's not my cup of tea lah Che' A"

"Not your cup of tea pula dah? Dah teh macam mana yang ikut selera Iya ni? Peach? Strawberry?" saja aku mengusik.

Iya ketawa nipis. "Che' A ni literal sangat lah"

"Dah tu? Guano? Ce citer, ce citer"

"Tak ada lah. Like I said, diorang cakap pasal orang pakai baju pink tak kena lah. Beg biru tak padan lah. I mean, benda itu pun nak dijadikan isu. Pelik"

Entah kenapa terlepas pula ketawa dari mulut aku mendengar explanation dia. "Biasa lah tu. Time-time raya ni je pun diorang nak berjumpa, nak bergosip, beramah mesra dengan sepupu sepapat. Follow the flow je lah, Ya"

"Heh. Mungkin sebab tu lah kita tak ada product macam Hassan al-Banna, kan?" dia pandang aku. Aku diam. Lepas tu dia tersenyum, "Eh, lupa. Orang kita ni kalau sebut nama ulama nanti dia claim kita alim, berlagak pandai dalam agama. Hmm... Tukar lah. Hmm.. Mungkin sebab tu kot kita tak ada product macam Chris Gardner, kan?"

Aku diam. Pergh! 'Orang kita ni kalau sebut nama ulama nanti dia claim kita alim, berlagak pandai dalam agama' Se-das kena kau! Tapi betul juga apa dia cakap. Orang kita ni, kalau kita sebut nama ulama ke, yang ada sangkut paut dengan agama ke, terus kena label ustaz ustazah. Heh. Faham-faham sudah.

"Hmm.. Dah tu, takkan Ya nak cakap pasal masalah negara, masalah politik ekonomi semua? Boring lah macam tu. Orang balik raya nak rehatkan minda, borak something yang light, update hidup masing-masing."

Dia ketawa lepas tu geleng kepala. "Che' A, Iya ni tak ada lah teruk sangat sampai 24/7 nak fikir benda berat macam tu. Cumanya, Che' A tak rasa ke yang orang kita ni terlalu asyik bincang pasal satu-satu benda yang tak menjadi isu pun sebenarnya. 'Baju anak Pak Seman tu pink sangat lah. Beg Kiah tu warna biru, tak kena langsung!' " dia ketawa nipis, sinis. "Lawak kan orang kita? Benda kecil jadi isu"

Aku pula yang menundukkan kepala ke lantai. Ketawa nipis, perlahan.

"At least dengan borak macam tu, boleh build the bond kot. And can kill the silence"

Jeda. Dia tarik bibir, ukir senyum nipis.

"Indeed, Che' A. Indeed, it's true. Tapi kan, kalau kita dah isi terlalu banyak benda kecil dalam satu balang, macam mana benda besar nak masuk dalam balang tu, kan? Instead, kalau kita isi benda besar dulu dalam balang, lepas tu baru masukkan benda kecil, insya-Allah cukup nak isi dua-dua yang kecil dan besar. Tak ke?"

TBNSA_RL:1609/081413

No comments: