Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

Read between the lines.

Mafhum Hadith:

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
 ×××××××

"Masak apa tu?"

"Nak masak hati ni haa. Tolong nenek ambilkan hati tu"

"Ambil hati? Ambil hati nek?"

"Haa. Ya lah. Cepat sikit"

"Tak nak lah nek. Kalau saya ambil hati nenek nanti nenek tak ada hati. Macam mana?"

"Main-main pula dia. Cepat lah ambil! Orang nak masak ni haa..!"

"Hihii. Nenek mawah titew eh? Makan hati eh dengan titew? Alaa~ Omei omei. Nah, hatinya"

*blushing* "Apa dah tua nak omei omei nya kita. Meh sini nenek nak cakap. Kita hidup ni kena pandai ambil hati, bukan kerja makan hati je. Faham?"

"Iyo lah nek"

#random fact : saya tak makan hati

No comments: