Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Sunday

Islam dan donut. Huh?

A ; B

"Untung kan kita ni?"

"Sebab?"

"Sebab kita orang Islam lah, bukan orang kafir. Orang kafir masuk neraka"

"Oh... Orang Islam tak ada yang masuk neraka ke?"

"Memanglah ada. Tapi, orang Islam kan confirm masuk syurga..?"

"Iye? Non-practising muslim pun?"

"Haa lah. Orang Islam kan memang akan masuk syurga, kan? Walaupun lambat, kita akan masuk syurga juga."

"Oh.. Hmm. Islam tu apa eh?"

"Apalah noob sangat kau ni. Islam tu agama lah. Agama Allah. Tanya soalan apa entah kau ni" ketawa "Takkan kau tak belajar kot? Yang rukun Islam ada berapa semua. Noob lah kau ni"



"Rukun?"

"Haa lah. Meh sini aku cakap. Rukun pertama, baca dua kalimah syahadah. Kedua, solat. Ketiga, puasa, Keempat, zakat. Yang terakhir, menunaikan haji. Simple, kan?" senyum sinis "Walaupun aku tak masuk sekolah tahfiz, aku tahu lah benda-benda ni. Benda basic kot"

"Oh... Kiranya, solat tu part of rukun Islam lah?"

"Haa lah"

"Habis tu, kalau orang tu tak solat macam mana? Islam juga?"

"Tapi dia kan dah mengucap dua kalimah syahadah. Dia mengaku tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah. Maknanya dia dah submit diri dia untuk Islam. Islam lah dia tu"

"Hmm... Mengaku je, tapi tak solat boleh eh? Ada eh macam tu?"

"Laa. Kau ni pun, kalau dia dah mengaku maknanya dia tak syirik. Haa, Islam lah dia tu..! Syirik kan dosa yang paling besar, yang Allah tak ampunkan." mula rimas dengan soalan yang seolah-olah memperolokkan dirinya. "Dah. Cepat lah masukkan air semua. Lepas tu uli tepung tu. Mananya nak siap kuih donut kau tu kalau tak letak air, tak uli? Cepat sikit. Sat lagi nak berbuka dah"

"Eh? Buat apa nak letak air semua? Dah siap dah pun ni haa. Boleh makan dah pun berbuka nanti"

"Siap apa nya? Tepung tak buka lagi plastiknya, air tak letak, gula tak letak. Tu mauripan tu pun tak dimasukkannya sekali. Nak makan macam mana? Tu donut tak siap namanya tu"

"Tapi, kan dah ada bahan-bahan dia? Tepung ni haa. Kalau ada tepung, baru lah boleh dipanggil donut, ye dak?"

"Kau ni kenapa? Buang tebiat ke apa? Cepat lah uli semua benda tu. Tak lama lagi nak berbuka dah ni"

"Tadi kau kata seseorang tu dah dipanggil Islam memadai dia dah ucap dua kalimah syahadah. Ni kuih donut ni. Dah ada tepung, dah jadi donut lah kan?

-.-

TBNSA_RL:4908/072113

×××

~fasa kedua masuk dah, sepatutnya dah habis warm-up lah kan? dah boleh kot kira-kira nak mula tukar gear empat? ^.^

4 comments:

cIK aRD said...

nice hawak heee

Nur said...

terima kasih hawak :)

saya said...

Seronok bacaaaa :D

Nur said...

^.^ alhamdulillah