Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Ukhuwwah.

#playing : I never told you, Colbie Cailat

Langit masih lagi menangis membasahi bumi dan dia, Iman, masih berada di atas tikar sejadah lengkap bertelekung. Ah. Kenapa cuaca malam ini persis sangat dengan perasaan aku? Allah. Iman bermonolog. Biarpun perlahan, tapi sedunya tetap kedengaran dek halwa telinga Nurul.

"Iman, awak okay?"

Iman hanya melemparkan senyum segaris. Belakang tangannya disua ke muka mengelap benih-benih air mata yang mengalir di pipi. Iman tahu Nurul risau. Tapi, apa lah sangat nak cerita perasaan dia ke orang lain, bukannya dia ni puteri raja pun nak canang cerita yang ketika itu hatinya bak digilis steamroller. Ah. Sekejap je ni. Biasalah kan orang ada perasaan sedih? Lagipun, benda kecil je ni and aku bukannya anak manja nak cerita semua benda dan merungut tak tentu hala kat semua orang. Kan? Monolog Iman. "Okay je" kata Iman dengan senyum segaris.

Iman ni, dah macam ni pun masih nak simpan sorang-sorang. Hidung tu dah merah menyala macam hidung badut, mata tu dah bengkak macam panda pun kata okay lagi.? Dah macam ni pun masih tak nak mengaku lagi? Haila kawan aku sorang ni. Suka sangat buat perkasam perasaan dia tu.

"Tak ada apa. Saya okay. Really. Mungkin.... I dwell too much on today's weather..kot?" kata Iman dengan ketawa nipis. "Nah. No worries. I'll snap out of it"

Alasan. Nurul tanpa sepatah kata terus menarik badan Iman dan memeluknya erat. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran dan perasaan Iman. Iman is not a crybaby. Dan dia juga tahu Iman bukannya jenis yang meluahkan perasaan dan hatinya kepada orang lain. Apatah lagi bila didesak untuk beritahu. Iman, cukup benci dipaksa.

Entah kenapa tanpa sedar makin laju pula air mata membasahi pipi. Hailaa... Iman! Kenapa ni? Kenapa makin sebak bila Nurul peluk ni? C'mon! Berhenti menangis boleh tak? Allah. Kenapa susah sangat nak tutup floodgate ni. Tears! Stupid tears! Always coming when you least want them. Iman.....! Shut the floodgate. Please.


"Nurul..." (sobs)

"Shh. Crying is a way to rebalance ourselves, you know. Let it out, don't hold it back okay. Everything will be fine."

"Nurul... (sobs) I'm sorry"

"Iman... You don't need to tell me if you don't want to, okay"

"It hurts. It really hurts." Pelukan dan esakan Iman bertambah kuat. "Never thought it will affect me this much. Pedih. Sangat"

Iman masih tetap dalam pelukannya, menangis semahu-mahunya.

"I... I just feel like vanishing into thin air" tersekat-sekat Iman menyusun kata dalam sedu.

"Wow! Never know my dear friend's a magician"

Ketawa nipis. "Nurul....!"

"What? Awak yang kata awak nak mengghaibkan diri, kan?" ujar Nurul dengan senyuman mengusik. Ketawa Iman biarpun tawar menenangkan hati Nurul.

Senyum segaris. "This might sound absurd tapi, I need you to promise me a thing. Please?"

"O...kay. So long that I don't need to share my Encik Kanan with you then I think it's fine."

Iman menolak bahu Nurul. Dalam masa-masa macam ni pun masih nak dibawa bergurau. "Promise me that you will never leave me. Ever"

"Now, that sounds creepy. Err.. You straight, kan?"

.......tbc

TBNSA_RL ; 0706/062813

No comments: