Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

Merajuk dengan Tuhan #3

Merajuk dengan Tuhan
Merajuk dengan Tuhan #2

___

(ketawa kecil) “Ahah. Chill la weh. Soalan je pun. Anyway, kau mengaku kau Islam kan? Mesti kau tahu rukun iman ada berapa, kan?”

 “Apa jadahnya kau tanya aku soalan macam tu? Are you trying to insult me or what?”

“Tak.. Cuba kau jawab dulu soalan aku tu. Tahu tak ada berapa?”

“Enam. Asal?”

“Percaya rukun iman?”

“Duh! Jangan tanya soalan tak masuk akal, boleh tak?”

“Gasak lah kau nak kata apa. Tapi jawab lah soalan aku. Kau percaya ke tak ni?”

“Mesti lah. Are you trying to get on my nerves? Dok buat aku macam budak tadika dok tanya pasal rukun iman bagai”

(senyum segaris) “Rukun iman keenam apa eh?”

(diam)

“Yes?”

“Percaya pada qadha dan qadar”

(senyum) “Agak-agak kan, Allah tetapkan rukun iman tu untuk kita zahirkan bila eh?”

(diam)

“Hmm… Waktu-waktu macam ni lah kita kena menzahirkan kepercayaan kita pada rukun yang keenam tu, tak ke? Lagipun, Allah kan pernah janji yang disebalik setiap kesusahan pasti ada kesenangan [1], kan?

(menundukkan muka, mata mula bergenang menjadi ’kolam’)

“Allah tak pernah mungkir janji kan?”

(anak sungai mula mengalir di pipi)

“Sebenarnya kan, bukan kau tak tahu. Kau cuma tak sedar, yang sebenarnya Allah pilih kau untuk lalui tu semua sebab Allah tahu kau kuat [2]. Allah tahu kau mampu. Allah letakkan keyakinan tu pada kau. Cuma, ya lah... When you let syaitaan enters a room in your heart, you have lost control of your mind. Jadi, kalau Allah sendiri percaya dan yakin akan kemampuan kau, kenapa kau sendiri yang nak meragui?”

...bersambung



1 Al-Quran, (94 : 4-5)
2 Al-Quran, (2 : 286)


p/s : three done, four to go; 1 syariah 3 civils, babeyh! rabbi yassir wa la tu'assir. tak sabar nak cuti okay! :) *orang lain belajar. aku? haih. apa nak jadi lah haiiii~ *

No comments: