Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Tuesday

Ini, adat.

A ; B

"Awak, teman kita pergi tandas boleh?"

"Kenapa?"

"Hmm... Takutlah nak pergi sorang-sorang. Please?"

"Eh? Lampu terang benderang ni. Nak kena teman jugak?"

"Tapi...... Takut... Teringat-ingat dekat cerita Exorcist tadi...."

"Awak, who's Allah to you?"

( Hailaa ustazah sorang ni. Nak aje aku hempuk, tapi nasib la dia sorang je yang tak tidur lagi. Banyak cakap pula. Teman je lah. Orang kata takut tu, maknanya takut lah.) "Alaaa... ceramah later, boleh? Teman saya eh. Pleaseeeeeeee........ Tak tahan ni" (buat muka Puss in Boots)

(Menggelengkan kepala. Haih kawan aku sorang ni... Entah berapa kali nak ingatkan jangan bagi ruang pada syaitan untuk mengacah-acah hati dan minda tu. Degil!) "Iya lah.. Iya lah.. Saya teman. Awak ni... Berapa kali saya dah ingatkan awak. Kalau takut jangan layan cerita hantu apa semua tu. Tak ada penyakit dicarinya penyakit. Ni untung saya tak tidur lagi. Kalau tak macam mana?"

(Ek ela dia ni. Mula lah tu nak buka channel radio islamic dia tu. Adoiii... Bukannya aku buat-buat takut. Tapi, kalau dah memang genetic penakut tu consist of 92.3% of the DNA macam mana? Balance 7.7% tu pun 0.001% je keberanian yang aku ada lepas tengok horror movie tadi tu. Selebihnya, perut aku dok berkeroncong dari tadi ni haa. Mana ada aku buat-buat) "Kalau tak, saya kejut lah awak. Heee~ (senyum) Thanks awak. Jom! Cepat lah pakai selipar tu. Terkucil saya kat sini kang"

-tandas-

"Haa. Cepat sikit. Jangan lama-lama sangat"

"Okay"

-diam-

"Awak..... Awak ada kat luar kan?"

"Hmm.."

"Awak... Jangan pergi tau. Tunggu saya..!"

"Hmm..."

"Awak, jap eh. Dah sudah dah ni"

"Iya. Awak keluar aja lah. Yang dok membebel dalam tu buat apa?"

(keluar tandas, muka lega) "Ahh.. Thank you awak. Sayaaaaaaaang awak ketat-ketat" (cuba memeluk kawannya)

(menepis tangan kawannya) "Eh.. Eh... Tu tangan tu dah basuh ke belum tu? Isy.. Dia ni. Kot ya pun, cuci la tangan tu dulu. Germs okay..!"

(tersenyum) "Hehee. Germs tak germs. Ini baru lah namanya sisterhood -peluk dulu baru cuci, tak ke?"

"Banyak lah sisterhood awak. Dah, cepat sikit basuh tangan tu. Alang-alang tu ambil wudhu sekali. Saya tak nak dengar ada orang dok mengigau pulak malam ni"

(sengih) "Ya la Cik Puan Ustazah oii.. Jap ya. Saya ambil wudhu' ya"

___

Heh. Orang kita. Macam dah jadi adat yang ditakutkan itu, ini :

 

instead of ini :



kan?

1615/110613;TBNSA_RL
_________________________________________________________________________

 p/s :  Jom ubah!

No comments: