Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

Merajuk dengan Tuhan

"Kau ni kenapa? Termenung je memanjang. Ada masalah ke?"

"Tak adalah. Okay je..."

"Kau stress pasal apa ni? Cuba cerita sikit kot aku boleh tolong"

"...... Tak ada apa lah. Mungkin stress study kot"

"Jangan nak berdalih sangat lah kan... Tengok muka dah tau. Ni bukan stress sebab study ni. Ce share sikit mana tau hilang sikit beban yang kau bawa tu"

"Entah lah weh. Aku penat. Penat sangat nak melayan kerenah orang. Tak habis-habis aku je yang kena jaga hati diorang"

"..... Contoh?"

"Ya lah... Kalau aku buat ini salah. Aku buat itu salah. Apa lagi yang diorang nak aku buat?"

"Buat?"

"Ish...! Kau ni...! Takkan nak terang satu-satu kot. Faham-faham sendiri sudah. Sekarang ni, aku memang dah give up habis dah. Aku tak tahu lagi dah nak buat macam mana. Aku penat, tau tak?"

"Hmm... Kira nya sekarang ni memang tak ada harapan lagi lah? Memang kau isytihar kau angkat bendera putih lah ni? Betul-betul give up?"

"........ Kadang aku rasa 'asal la Tuhan tu bagi aku orang-orang yang macam ni' 'kenapalah aku tak dapat macam orang lain, dapat kenal dengan orang semua okay je; happy je' Apa aku ni teruk sangat ke? Aku hina sangat ke di mata Tuhan?"

(menyiku kawannya) "Weh! Agak-agak la kalau ya pun kau punya bahasa tu. Kang aku cakap direct kau lagi give up, kau lagi makan dalam. Takkan nak merajuk dengan Tuhan kot?"

"Ish... Sakit lah...! Mana ada aku cakap aku merajuk dengan Tuhan. Tapi..... Entah lah weh. Macam aku cakap. Aku letih. I did everything I can but what did I get?"

(senyum) "Hmm.... Sah kes merajuk dengan Tuhan ni! Hailaaa~ Haru kawan aku sorang ni. Boleh pulak nak merajuk dengan Tuhan sendiri." (geleng kepala)

"Weh! Main-main pula dia...! Aku cakap betul ni... Dah kau sendiri tahu kan what am I facing. Tak ke tahap kesabaran manusia tu ada limitnya? Hikmah? Puas dah aku fikir hikmah apa yang Dia nak bagi, tapi... itulah. Arghhhhh! Serabut!"

....bersambung

No comments: