Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

Sekali lagi bicara soal hati


وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ (١٠٣
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.(3:103)
 
***

Allah. Asyik-asyik pasal hati. Tak habis-habis nak berbicara pasal hati. Kau ni dah kenapa, Nur? -.-"

Ahh! Tak kisah lah semua tu. Asyik cakap benda yang sama ke... tak ke... Lantak pi la. Nak cerita juga. Hehehee :p

Okay. Now, let's take a look dekat ayat Allah kat atas tu; ayat 103 surah Ali Imran. Sebenarnya nak cerita pasal petikan ayat ni je:

 "janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara."

Nampak tak kat situ? ALLAH MENYATUKAN DI ANTARA HATI KAMU. Nampak? Kalau tak nampak, minta maaf. Anda kena beli magnifying glasses. Muahahaha. Okay, over lah kau ni, Nur! Pfft~ Dah, dah. Kembali pada tajuk.

Nak ingatkan lagi sekali yang Allah yang satukan hati ke. Soal hati, Allah yang pegang. Kita tak dapat melawan apa kehendak Allah berkaitan dengan soal hati. Sebab itu adalah perkara luar kawal.

Kita suka, kita sayang, kita cinta. Itu semua urusan Allah. ya, mungkin ada yang cakap mungkin perasaan itu dari syaitan? Eh? Macam mana tu? Alaaaa.. Macam dalam cerita yang Heliza Helmi berlakon tu. Yang dia kata cinta kerana nafsu adalah cinta dari syaitan. Soal itu, malas saya nak bahaskan dekat sini. Cuma, saya nak kata, yang tak kira apa pun, bila berkait dengan soal hati, hanya Allah yang boleh uruskan. Bukan kita. Ya! Bukan manusia. Manusia tak akan pernah pecus untuk menguruskan sesuatu yang berada di luar kawalan. Mengerti?

Sama juga kalau kita benci. Ingat tak ayat ni :


كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٢١٦

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (2 : 216)

Okay. Baca ayat yang digariskan. Nampak apa Allah kata? Tak semestinya benda yang kita benci tu buruk untuk kita kan.

Jadi, nak ingat sekali lagi juga. Kalau kita benci sesuatu pun, adu pada Allah. bagitahu Allah. Jangan bagitahu orang lain. Jangan mengumpat dengan orang lain. Jangan mengutuk dengan orang lain. Tapi, minta penyelesaian daripada Allah. Faham?

Benci dan suka, dua perasaan yang selalu menghantui manusia. Mana ada manusia yang tak ada perasaan ni. Cuma ada manusia yang pandai mengawal dua perasaan ni.

Ahh! Membebel apa lah pulak kau ni, Noor? (lempang diri sendiri)

Tak... Cuma nak banyak kali ingatkan especially diri sendiri yang hati ini Allah yang pegang. Mohon, mohon dan mohon selalu pada Allah agar pertemukan yang terbaik untuk kita. Jangan putus asa dan jangan mengeluh. Allah tahu apa yang terbaik. Percayalah! Dia tahu. Biarpun perit. Sabar.

Ingat, selalu cakap pada hati : "Sabarlah wahai hati. Allah masih ada. Allah dengar apa yang ingin kmu sampaikan. Dan Allah tak pernah sesekali akan mengecewakan hamba-Nya. Percayalah wahai hati, dan bersabarlah. Sabarlah kamu, wahai hati, sebagaimana sabarnya Ulul Azmi. Bersabarlah wahai hati."


p/s : Allah.. Wahai hati yang selalu terbeban dengan pelbagai emosi, bersabarlah sebab dikau kuat. Ya, dikau yang paling kuat berbanding dengan yang lain.
pp/s : Kau tahu tak hati ni dah macam kena toreh-toreh, lepas tu disimbah dengan minyak panas, lepas tu ditabur dengan tar panas dan digesek  dan gesek, lenyek dan lenyek, bila secara tak sengajanya kau membuatkan orang yang kau sayang sakit hati? Kau tahu tak perasaan tu? *okay,. yang kau ni dah kenapa emo tak pasal? -monologue* Sumpah sedih, kau tahu? Mata penat dah nak produce-kan butir-butir jernih. Dada tak larat dah menanggung kesesakan dan kesakitan. Hidung dah macam mata air yang melanda sungai-sungai. Allahu Allah. Aku lemah... Maafkan aku.


No comments: