Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

فاصبر كما صبر أولو العظم


"Jahat sangat ke aku ni? Rasanya macam-macam dah aku usahakan, tapi kenapa diorang buat aku macam ni?

It hurts. It really hurts that it feels like something gets inside you and rips your heart apart leaving you with nothing but a bleeding wound. It's like...all the defenses that you build -a whole suit of armor that you build up- that you thought will be sufficient to protect you from getting hurt are of no use. 

Kau faham? Apa lagi yang kau nak aku buat sebenarnya? "

Kadang-kadang, mesti ada rungutan macam ni, kan?
______________ 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 فَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ قَبۡلَ طُلُوعِ ٱلشَّمۡسِ وَقَبۡلَ غُرُوبِہَا‌ۖ وَمِنۡ ءَانَآىِٕ ٱلَّيۡلِ فَسَبِّحۡ وَأَطۡرَافَ ٱلنَّہَارِ لَعَلَّكَ تَرۡضَىٰ (١٣٠
Therefor (O Muhammad), bear with what they say, and celebrate the praises of thy Lord ere the rising of the sun and ere the going down thereof. And glorify Him some hours of the night and at the two ends of the day, that thou mayst be well pleased. (130)

Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan). (130)
[Surah Taha]

_____________________


Cuba.. Cuba... Cuba didik hati untuk sabar dan redha dengan qadha' dan qadar Allah SWT. Jika bukan waktu ini kita nak menzahirkan keimanan kita pada rukun iman yang terakhir, bila lagi?

Maqam yang paling rendah adalah orang yang suka merungut; dia tidak membalas tapi sering merungut dan mengeluh. Tinggi sedikit dari itu maqam sabar yang mana hati masih sakit tapi tidak merungut. Kemudian, naik lagi satu maqam di mana seseorang itu redha iaitu dia bersabar atas apa yang berlaku dan rasa sakit  itu hilang. Selepas itu barulah maqam syukur dimana tatkala gembira dia bersyukur, tatkala sedih pun dia bersyukur. Usahalah untuk mendapat maqam tertinggi.
-Ustazah Norhafizah Musa; 050413; Ikim.fm
glossari:
*فاصبر كما صبر أولو العظم = Bersabarlah sebagaimana sabarnya Ulul Azmi.

p/s : Imam Hasan Al-Banna pada usia mudanya sudah menyibukkan diri memikirkan pembentukkan umat. Kita? Masih tak habis-habis fikir pasal diri sendiri.

No comments: