Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

Awak, saya ni manusia biasa je lah.....

"Awak... Saya ni manusia biasa je lah..
Mana mampu nak tampung marah.
Semua orang mensti ada limit kesabaran.
Saya pun macam tu juga!
Agak-agak lah kalau ya pun.
Ni... Asyik ulang benda yang sama. 
Memang lah saya marah.

Awak... Kalau sekali dia buat saya, tu saya boleh consider.
Tapi, ni dah banyak kali.
Apa dia ingat dia je yang ada perasaan?
Perasaan dia je yang kena jaga?
Apa dia ingat saya tak ada perasaan?
Saya terasa juga!
Saya ada perasaan juga!

Awak... Saya ni manusia biasa je lah..
Saya bukan malaikat, saya bukan nabi...
Saya tak mampu.
Awak jangan lupa, saya ni manusia biasa je.
Tak kira macam mana penyabar pun orang tu,
setiap manusia ada tahap kesabaran dia.
Jadi tak payah lah nak melampau sangat.
Orang pun ada perasaan! "
***

Biasa dengar omelan macam tu? Meh nak share meh. Memang Allah ada kata dalam Surah As-Syura ayat 41;

(وَلَمَنِ ٱنتَصَرَ بَعۡدَ ظُلۡمِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا عَلَيۡہِم مِّن سَبِيلٍ (٤١
[41]Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. 

Tapi, lepas tu Allah kata dalam ayat 43;

  (وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَٲلِكَ لَمِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ (٤٣
[43 ] Tetapi barangsiapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.


Sekarang, pilihan itu di tangan masing-masing. Mahu menjadi lebih mulia atau mahu membalas. Mungkin ada yang kata dengan cara membalas je baru orang tu akan sedar kesilapan yang dia dah buat pada kita

Hmm.. Banyak lagi cara lain. Tapi, apa kata kalau kita cuba walk in his / her shoes for thousand miles baru kita akan tahu hakikat sebenar. Dari situ, insya-Allah Allah beri ilham macam mana untuk meleraikan ikatan dari serabut yang tersimpul.

Apa-apa pun, saya percaya yang sabar seseorang pada seseorang yang lain boleh menjadi wasail pelembut hati buat yang bergelar si hati keras. Biarpun perit dan lebih mudah bercakap dari melakukan, tapi, bukan semua benda pahit perlu kita buang begitu sahaja. Kadang,  benda pahit itulah yang jadi penawar.

glossari:
~wasail : cara / jalan

p/s : just another random post lepas jawab Test Criminal Law II.
pp/s: one more to go -RKUD 3040- Yosh! ^-^   

No comments: