Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Sunday

Syaitan sahabatku. Eh? *full*

Cerita lengkap, Syaitan sahabatku. Eh??

A ; B

"Kau sedar tak yang sebenarnya kau ada best friend?"

"Siapa? Nobody wants to talk with me. I'm the lone ranger as what they called me"

"Ada... Kau tu yang tak sedar"

"Siapa?"

"Syaitan"

"Engkau.! Mulut tak ada insurans! Kurang ajar kan, kau ni! Malas aku nak cakap dengan kau"

"Eh, marah? Betul lah apa yang aku cakap"

"Sumpah doh. Mulut kau macam longkang. Cakap tu agak-agak lah wei. Terang-terang Allah cakap dalam surah Yassin ayat 60 yang syaitan tu musuh kita yang nyata. Dah tu kau cakap macam tu. Bapak kurang ajar kan kau ni"


"Lah... Memang lah Allah cakap macam tu dalam Quran. Tapi, kau rasa apa tak mungkin ke seseorang tu berkawan dengan musuh sendiri. Musuh yang dia tahu dan sedari. Musuh yang nyata dan terang lagi bersuluh"

"Cuba kau tengok diri kau balik. Muhasabah diri kau balik.Kau ni selalu je merungut. Who likes a whiner? Nobody except you 'best friend'. Lagi banyak kau merungut, lagi suka dia. Sedar tak?

*terdiam*

"Kau selalu kata kau tu forever alone... Lone ranger.... Kau sedar tak yang sebenarnya kau tak pernah sendiri? Kau tak pernah alone?"

"Who says? Kau sendiri nampak macam mana orang bencikan aku. Kau sendiri nampak macam mana diorang pulaukan aku. Now you want me to say that I'm not alone. I'm sorry. I'm too tired of lying to myself. I'm to tired of pretending that I'm not alone. I have friends. They're just having their hormone imbalance. That is why they acted in such a way"

*ketawa nipis* "Haven't you realised that you always have Him? Allah pernah menjauh ke dari hamba-Nya? Atau... Hamba Allah yang selalu menjauh dari-Nya? I'm sure you are aware of the Quranic verse and hadith kursi saying that Allah is never away from His slave"

"Hmm.. Tapi, apa kena mengena syaitan jadi best friend aku pula?"

"Kau tak sedar ke apa yang kau buat ni sebenarnya menyenangkan hati si durjana tu? Lagi kau teruskan apa yang kau tengah buat ni, lagi bersuka ria, bersantai rina dia, kau tahu?"

"Huh?"

"Ya lah. Kau merungut memanjang kata ini dan itu. Padahal, Allah kan ada. Allah sentiasa ada dan tak pernah akan hilang. Dah tu, cerita pada Allah. Mengadu pada Allah. Dating dengan Allah.Beritahu pada Allah apa yang kau hadapi"

"Dah.... Tiap-tiap malam aku tahajjud. In fact, aku selalu berdoa pada waktu-waktu mustajab. But, nothing happen. It became even worse. Aku buntu. Aku tak larat lagi dah"

"Kau pernah dengar tak orang kata kalau Allah masih tak makbulkan, itu ertinya Allah masih rindu nak dengar suara kita. Sebenarnya, Allah sangat suka nak ber-dating dengan kau. Allah sangat senang mendengar suara kau. Allah gembira kau sentiasa berhubung dengan-Nya. Sebab tu Allah kata decide untuk menyimpan dulu apa yang kau minta. Sebab Allah masih nak engkau rapat dengan-Nya dan Allah is actually saving something special for you"

*terdiam*

"Allah tak kejam kan?"

*mengangguk perlahan* "Hmm"

"Allah Maha Penyayang kan?"

"Hmm.."

"Ingat tak ada satu hadith kursi pasal rahmat Allah?"

"Hmm.. Nabi S.A.W nampak satu tulisan di syurga yang tertulis : Sesungguhnya rahmat-Ku melebihi kemurkaan-Ku"

*senyum* "See. I know you know it well. Sekarang, kenapa kau nak terus hidup macam ni? Kau sedar tak yang sebenarnya kau hidup bertuhan? Kau ada Tuhan yang sentiasa memelihara kau dengan rahmat-Nya. Yang tak pernah menjauh dan sentiasa memerhati."

*tunduk*

"Jangan jadi sahabat syaitan. Apa yang kau buat sekarang ni is not more than being the devil's company. Kau suka jadi sahabat syaitan? Merungut... Menyalahkan takdir... Memarahi semua yang berlaku... Kau suka semua tu?"

"Tak"

"So, stop befriending with whom you're befriending now. Putuskan hubungan kau dengan so-called 'best friend' kau tu. You don't need him. You have Him.


p.s : dah lama tersimpan dalam draft and tak publish2 konon nak buat sikit jalan cerita tapi malas. Last-last, hanya meng-highlight untuk membezakan watak sahaja. kalau ada salah, harap betulkan.

No comments: