Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Monday

Orang kata......

Cabaran emosi yang paling rumit adalah apabila manusia mahu dihargai oleh manusia yang lain. Jangan kecil hati jika kita tidak dihargai. Ia akan berlaku berulang kali, dan jangan sekali-kali seorang pendakwah kecundang kerananya. Pendakwah harus kuat. Bukan sahaja kuat ilmu dan tajam minda, malah kuat emosi dan kukuh perasaan. jangan mudah dimain perasaan dan jangan pula berdakwah tanpa perasaan!
-Abu Saif

___

Betul! Kita kan manusia...

Manusia mana boleh lari dari perasaan nak dihargai.

Betul! Itu memang sifat manusia...

Manusia selalu nak dipandang.

Betul! Ini kan fitrah manusia...

Sentiasa senang bila disimbah pujian dan pujaan.

Dan sungguh, Kami mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebbkan apa yang mereka ucapkan,
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau di antara orang yang bersujud (solat),
dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu.
(An-Nahl : 97-99)

Ingat, Allah kan ada. Kita hidup untuk Allah, kerana Allah. Orang utara kata, lantaq pi apa orang nak ceghita. Allah kan ada ^.^

p.s : cerita syaitan nanti saya sambung ya. Masih perlu di edit :)

No comments: