Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Saturday

Sayang Nabi


Bila ada filem atau isu nabi dihina, umat Islam bertindak dengan demonstrasi. Bagaimana pula dengan mereka yang mengaku Muslim namun tak solat, tak berhijab, khurafat, rasuah, syirik dan pelbagai lagi? Siapa yang hina Nabi lebih dari orang barat yang bermungkinan jahil?
Dakwah Nabi s.a.w bukan sahaja tidak diterima malahan beliau dilontar batu sehingga berdara kaki baginda. Nabi mempunyai pilihan untuk menghancurkan penduduk Taif namun baginda memilih untuk memohon keampunan bagi kejahilan mereka dan berdoa agar ada keturunan mereka yang akan memeluk Islam. Hari ini, penduduk Taif adalah beragama Islam.
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(A-li'Imraan 3:31)
Sayang Nabi bukan sekadar hiasan di bibir. Sayang Nabi bukan setahun sekali menyambut Maulid. Sayang Nabi bukan berdemonstrasi. Sayang Nabi adalah mengikut perintahnya dan mengikuti sunnahnya. Bukan memilih sunnah yang kita gemari dan membuang sunnah yang kita kurang selesa. Imam Syafie berkata;
"Sunnah Nabi s.a.w itu ibarat bahtera Nabi Nuh a.s. Siapa yang menaikinya (mengikut sunnahnya) akan selamat"
Kalau sayang Nabi, buktikan melalui kehidupan seharian kita dan bukan setahun sekali atau apabila isu timbul.... Wallahualam....
-Firdaus Wong Wai Hung

2 comments:

Umar Zakir Abdul Hamid said...

walaikumsalam AMIRAH.

alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah ,buku ini menjadi milik anda.saya telah hubungi anda melalui email .
kalau tak dapat email tu,sila hubungi pospenamaya@gmail.com

Amirah said...

Alhamdulillah. Syukran. Jzkk.