Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

Teacher, saya panggil teacher ni teacher ceria lah.

Amirul Danish : Teacher, kenapa teacher ni asyik tersenyum?

Me : Kenapa? Anta tak suka teacher senyum?

Amirul Danish : Tak ada lah. Tapi, tengah marking paper pun teacher senyum senyum, sengih sengih. Sebab apa?

Me : Sebab anta lah.

Amirul Danish : Isy... Teacher ni.

Me : *ketawa nipis melihat mukanya yang berubah kemerah-merahan menahan malu*

Amirul Danish : Teacher, soalan ni macam mana? Kenapa salah?

Me : Cuba anta kira balik. Kira betul-betul.

Amirul Danish : Betul lah saya kira. Alaa.. Bagitahu lah teacher. Berapa?

Me : Cuba anta fikir. Guna otak.

Amirul Danish : Oh.... Dah dapat! 283 kan?

Me : *senyum dan mengangguk*

Amirul Danish : Haa... Tengok! Siapa yang bagitahu? Abang juga.

Me : *ketawa*

Amirul Danish : Kenapa teacher ketawa?

Me : Sebab anta lah.

Amirul Danish : Isy.... Pulangkan lah duyung itu kepadaku~~~ *nada menyanyi*

Me : *ketawa*

Amirul Danish : Tengok tu. Ana suruh pulangkan duyung pun ketawa. Teacher ni memang sentiasa ceria eh?

Me : Hmm.. Anta rasa.

Amirul Danish : Ye lah tu. Asyik tersenyum je. Mark paper senyum, pandang orang senyum, ana cakap pun senyum juga. Dalam hati teacher penuh ceria eh?

Me : Insya-Allah. Ceria tu bagus kan?

Amirul Danish : Hmm.. Ana panggil teacher, teacher ceria lah!


___

Ahh.... Those days. Oh dear, how I miss those little brats. ^.^

Glossary:
* anta = you
* ana = me

No comments: