Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

Ceritakan aku tentang Islam.

*updated*


Satu perkataan - Islam.
Ceritakan aku tentang Islam. Bukan orang Islam. Tapi ajaran Islam itu sendiri.


Terangkan padaku mengenai Islam. Sumbatkan mindaku dengan Islam.
Mari aku katakan sekali lagi. Aku mahu tahu tentang Islam. Bukan tentang orang Islam.


Katanya Islam, tapi pengamalannya di mana?
Katanya Islam, tapi penghayatannya di mana?


Sedih.


Jadi, ceritakan aku tentang Islam.


Aku tidak mahu tahu tentang orang Islam kalau yang hanya dia tahu bercerita mengenai keburukan orang.
Aku tidak mahu tahu tentang orang Islam kalau dia tidak walk the talk.
Aku tidak mahu tahu tentang orang Islam yang masing-masing penuh dengan sifat hasad, sifat dengki, sifat mazmumah.


Tidak.


Aku letih untuk semua itu.


Katanya, hidup kerana Allah. Hidup untuk akhirat. Tapi, mana buktinya?


Ceritakan aku tentang Islam. Itu yang aku mahu tahu. 
Beritakan aku tentang Islam agar hatiku sejuta percent buat Dia yang Maha Esa. 


Ayuh! Ceritakan aku tentang Islam.


p/s : Hati kita Allah yang pegang.

No comments: