Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Monday

Baik tu macam mana?


Sofea : Weh, 'baik' tu macam mana?

Suraya : Hmm... Kalau ikut Ustaz Pahrol, baik tu bila dia ikut perintah Allah dan tinggalkan segala larangan-Nya.

Sofea : Bagi kau?


Suraya : Bagi aku, baik hanya Allah yang boleh nilai, sebab penilaian manusia selalu ada cacatnya.

Sofea : Habis tu, macam mana nak jadi 'baik'?

Suraya : Amar ma'ruf, nahi mungkar. Ikut ajaran Quran dan sunnah, semua ada, complete! (senyum)

Sofea : (diam)

Suraya : But, of course dalam proses tu banyak dugaan dan cabaran yang perlu kau lalui. Macam orang kata, bukan senang nak jadi baik.

Sofea : Macam mencabut reranting yang penuh dengan duri yang dah tertusuk jauh dalam daging kan?

Suraya : Hmm.. (terdiam)

Sofea : Kalau kita rentap, sakit tak terperi, tambah lagi luka tu sengan sangat boleh dijangkiti bakteria. Alih-alih jadi lagi teruk. Tapi, kalau takut dan dibiarkan je, macam mana nak elok? Jadi busuk dan hitam lah kan? Terus effect satu badan.

Suraya : (tergamam) Sofea, anything I should know? Kenapa tiba-tiba cakap pasal 'baik' ni?

Sofea : Entah. Susah nak kata. Hmm.. Nak tanya something?

Suraya : Hmm.. Apa dia?

Sofea : Berdosa ke aku kalau aku cakap aku dah tak mampu nak hidup lagi kat dunia ni? Ya... Aku tau... We're not supposed to say such things, Nabi tegah. Tapi, entah lah. I'm longing for my Rabb. Aku letih.

Suraya : Sofea, ingat apa yang kau kata? La yukalifullahu nafsan illa wus 'aha , kan? Allah tak membebani seseorang melebihi kemampuan dia kan?

Sofea : Does my words count as putus asa dari rahmat Allah?

Suraya : Hmm... Susah nak kata.

Sofea : Putus asa dari rahmat Allah tu macam mana?

Suraya : Putus dari pengharapan kepada Allah. Dia diuji dan tak berharap pada rahmat Allah. Well,normal lah manusia untuk cakap macam apa yang kau cakap. Tapi, what's important is jangan berhenti berharap.

Sofea : I know. Su, to gain mardhatillah is hard, to be justly balanced is hard, to walk the talk is hard. Kadang aku sebut Ma fi qalbi ghairullah. Tapi, bila jadi sesuatu, aku tak mampu. Berat Su.. Berat.

Suraya : Sof, kau kenapa? I sensed something wrong dari awal lagi. Cuba kau cerita kat aku.

Sofea : I don't know. I'm longing for my Lord. I'm too scared to live in this sinful world. Aku takut.. Takut sangat. Setiap kata-kata aku. Aku lemah, Su. Aku tak tahu macam mana nak kata. Tapi aku lemah. Aku tak tahu macam mana nak be balance antara duniawi dan ukhrawi. Aku takut. Aku inginkan Allah. Aku rindukan Rasulullah. (bursting with tears)

Suraya : Sof, Innallahama'ana, kan?

Sofea : I know. ( berjalan meninggalkan sahabatnya di belakang) Jom, balik.

---

Suraya : SOFEAAAAAA!!!!!!!!!! (terduduk melihat apa yang berlaku di hadapan matanya)

*Sofea dilanggar bas yang dipandu laju sewaktu beliau ingin melintasi jalan. Sesungguhnya, Allah telah mengabulkan permintaannya.

2 comments:

Nur al-Iman said...

RL, nangis jap.


Apa maksud InnAllahama'ana? To Him we return?

admin said...

Nurul Iman,

InnAllahama'ana : Indeed Allah is with us.

#inimungkinagakanehtapitaktahukenapaterasarindudengankamu, uhibbuki fillah