Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Sekadar coretan di waktu petang.


بسم الله الرحمن الرحيم


Seperti sediakala, petang itu aku ke taman berdekatan dengan rumahku. Tenang sungguh fikiranku pabila menikmati segala nikmat yang Allah berikan. Bezanya, petang itu aku bawa bersama sebuah buku nota yang bercorak bunga di hadapannya dan sebatang pen pemberian bapaku. Entah kenapa, aku terasa begitu malas untuk turut sama seperti insan lain untuk mengeluarkan peluh pada petang itu. Tak mengapalah, aku fikir. Tidak mengeluarkan peluh pun, sekurang-kurangnya aku bawa sesuatu daripada hanya duduk melihat ragam manusia tanpa berbuat apa-apa. Mungkin ada perkara yang menarik untuk kucatit nanti.

Angin yang betiup sepoi-sepoi bahasa berlalu menyapu wajahku menyejukkan badanku. Matahari yang menyinar indah sekali. Hari itu begitu indah sekali. Subhanallah. Sedang aku mengamati penciptaan yang Maha Agung, mata aku terpaku pada seorang bapa dengan dua orang anak disisinya. Seorang lelaki, seorang lagi perempuan. Anak lelakinya itu barangkali berumur sekitar empat tahun, yang perempuannya pula mungkin dalam dua tahun.


Manisnya aku lihat mereka bertiga. Berpegangan tangan. Aku dapat melihat anak lelakinya itu agak teruja untuk bermain apatah lagi melihat anak-anak kecil sebayanya juga turut ada di taman yang sama. Benar sangkaanku. Anak lelaki itu memang ingin menghabiskan masanya pada petang itu dengan bermain bersama rakan yang lain. Dia kemudiannya meminta izin daripada bapanya untuk bermain bersama teman-teman yang lain. Si bapa hanya meng-iyakan dan berpesan untuk sentiasa berada hampir dengannya. Si bapa kemudiannya melayan anak perempuannya yang begitu teruja melihat buaian.

Subhanallah.Comel sungguh anak-anak kecil ini, ya Rabb. Saat itu, kata-kata ibu terngiang-ngiang di telingaku. Aku seolah-olah dapat merasakan kehadiran ibuku bersamaku di situ. Aku seakan-akan dapat mendengar dengan jelas suara ibu.

Kata ibu, "Awak ingat awak terus besar? Awak tu kecil dulu baru besar macam ni taw, RL. Tu... Tapak kaki awak tu RL, besar ibu jari Mama je ni haa. Tiap-tiap malam, merengek jangan cakaplah. Entah apa yang tak kena. Tapi, nak buat macam mana. Allah dah bagi anugerah kat Mama. Takkan Mama nak abaikan tanggungjawab pulak kan?" Senyuman ibu, pandangan ibu, suara ibu begitu jelas dalam benakku. Rindunya aku pada ibu.

Kata-kata ibu masih lagi bermain-main dalam fikiranku, "Dulu, masa RL kecil Mama jaga separuh nyawa Mama. Dengan merengeknya lah apa lah. Lagi-lagi awak tu semput. Kalau kena serang, memang tak tidur malam lah Mama dibuatnya. Batuk-batuk macam separuh mati lah awak ni. Kalau terlampau teruk tu, berkejar-kejar lah Mama dengan Abah pergi hospital."

"Ni awak dah besar. Nanti ada keluarga sendiri, sibuk dengan keluarga sendiri entah ingat Mama dengan Abah lagi ke tak," ujar ibu pada waktu itu dengan nada sebak. Aku hanya mampu membalas, "Ma, jangan lah cakap macam tu. Walaupun dah kahwin kena ikut suami, tapi Mama tetap mak RL. Yang bersabung nyawa untuk bagi peluang kat RL tengok dunia ni"

"Mama tak nak apa-apa RL. Abah awak tu pun tak nak apa-apa. Kitorang ni da tua. Tunggu masa je ni haa untuk rumah kata pergi, kubur kata mari. Kitorang tak mintak kamu balas jasa kitorang dengan harta bertimbun. Nak buat apa? Kitorang dah tua. Dah tak ada desire dah untuk semua. Cuma nanti kalau Mama dah tak ada, ingat pesan Mama. Ingat pesan Abah. Itu semua untuk kebaikan awak juga. Mana ada mak bapak yang nak sesuatu yang buruk untuk anak dia"

Terasa sebak di hatiku pabila mengenangkan kembali setiap butir perkataan yang keluar dari mulut ibuku. Rindu sungguh aku pada ibu. Kalau diikutkan, sekarang juga aku ingin mendapatkannya dan memeluk ibu seerat-eratnya. Ingin sekali aku memohon ampun atas segala silap dan salah yang telah kulakukan padanya. Ya Allah, berkatilah ibu dan bapaku. Ya Rahman, rahmatilah ibu dan bapaku. Mereka sudah terlampau banyak berkorban untukku. Sungguh, Ya Allah, aku tak mampu. Aku tak mampu untuk memberikan sepertimana yang mereka berikan pada aku selama ini.

"Eh, gemuk! Tepi lah sikit. Orang pun nak main jugak!" suara anak kecil yang sedang bermain di gelongsor memecahkan lamunan ku sebentar tadi.

"Aiyok tak tayok.... Aiman.... Aiyok... Tak tayok...." ujar anak kecil yang bersama bapanya tadi.

"Kenapa kita pulak kena? Dia ni haa... Tak nak bagi orang main" balas anak kecil yang sebelumnya.

"Aiyok.. Awak dah buat Allah marah. Baik awak minta maaf dengan dia.. Aiyok..."

"Kenapa pulak? Kita tak pukul dia pun.. Dia yang tak bagi kita main. Kita marah lah"

"Ye lah. Tapi, mana boleh cakap orang gemuk. Nanti Allah marah. Baik awak minta maaf kat dia. Kalau tidak Allah marah....."

Mungkin terkesan dengan kata-kata teman sepermainan, dia memohon maaf kepada budak yang dimarahinya tadi. Mereka bersalaman dan sambung semula permainan mereka. Ya Allah, begitu mudahnya seorang anak-anak untuk memaafkan satu sama lain. Tidak seperti orang dewasa. Penuh dengan sifat mazmumah, sifat dendam kesuma yang tak sudah. Astaghfirullah.

Tidak beberapa lama selepas itu, sekali lagi aku mendengar anak kecil yang menegur sahabatnya itu berkata, "Awak, kita nak balik dulu lah. Esok kita main lagi, ye."

"Alaaaa... Cepatnya nak balik. Belum malam lagi. Jom lah main....." pujuk temannya.

"Tak boleh. Ibu dengan Ayah kita dah tunggu. Kitorang nak kena mandi, lepas tu siap-siap"

"Alaaa... Awak nak pergi mana?" anak kecil ini mula mencebikkan mukanya.

"Kitorang nak siap sebab nak jumpa kekasih hati. Awak pun baliklah. Jumpa kekasih hati"

"Eeeeee... Tak malu! Kecil-kecil pun ada kekasih. Eeee.. Tak malu! Tak malu!" ejek rakannya tadi.

"Dia pun kekasih hati awak lah.. Ibu kata semua orang mesti ada kekasih hati"

"Mana ada. Kita mana ada kekasih hati"

"Adalah. Takkan ibu kita nak tipu"

"Habis tu, siapa kekasih hati kita?"

"Allah lah. Kekasih hati awak, kekasih hati kita, kekasih hati semua orang"

Bapa anak kecil yang petah berkata-kata itu sudah mula memanggil namanya. Luqman al-Hakim namanya. Pantas dengan namanya, anak kecil ini memang seorang yang bijak berkata-kata.

"Awak, Ayah kita dah panggil. Esok kita jumpa awak lagi taw. Bye.... Assalamualaikum," ujar Luqman al-hakim menamatkan perbicaraan mereka. Dia kemudiannya berlari-lari ke arah bapanya yang sedang mendukung adik kecilnya. Mereka bertiga kemudian berjalan dengan senyuman yang terukir di bibir.

"Ibu, ibu! Allah tu kekasih kita kan? Allah kekasih kita semua kan?" soalan pertama yang terpacul dari mulut anakku sebaik mereka menghampiriku.

"Ya, sayang. Allah tu, kekasih Luqman, kekasih Ibu, kekasih Ayah, kekasih Adik, kekasih semua orang," aku menjawab persoalan anakku itu.

Anakku hanya tersenyum puas mendengar jawapan yang aku berikan.

"Luqman sayang Allah tak?" saja aku mengujinya kerana ingin melihat sejauh mana kasih sayangnya terhadap penciptanya.

"Mestilah sayang. Luqman sayang Allah sangat-sangat. Allah kan kekasih Luqman," jawab anak sulungku bersungguh-sungguh.

"Kalau macam tu, Luqman sayang Ibu dengan Ayah tak?" tanya suamiku pula.

"Sayang. Sayang sangat! Luqman sayang Ibu dengan Ayah besar-besar-besar macam ni,"kata Luqman sambil mendepakan tangannya sebesar-besarnya. Aku kemudiannya mendukung Luqman yang mendepakan tangannya dan mencium pipi gebunya itu.

"Ibu dengan Ayah pun sayang Luqman macam tu,"kataku ringkas. Luqman pula yang mencium pipiku kali ini. Dipeluknya aku erat. Suamiku tersenyum melihat keadaan itu dan kami kemudiannya mengatur langkah pulang.

___

Ini mungkin bukan kisahku pada waktu ini. Ini mungkin belum terjadi lagi. Tapi, insya-Allah suatu hari, inilah yang saya harapkan agar terjadi. Tiada kata yang lebih indah dapat digambarkan andai saya dapat merasai semua ini bersama keluarga tercinta. Insya-Allah, kita hanya mampu berdoa, mampu berangan. Kalau Allah mengabulkan, jadilah ia. Kalau tidak, ada cerita yang lebih baik lagi yang Allah tuliskan untuk kita pahat dalam scrapbook kehidupan kita.

Tugas kita, menghargai dan mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan sebab kita tidak mampu untuk berbangga mengenai cinta kita terhadap Allah sebab kita selalu tidak melepasi expectation-Nya tapi, Allah tidak pernah menghampakan kita untuk sentiasa berbangga dengan-Nya sebab Allah selalu melebihi expectation kita. Allah itu Maha Besar. Tunjukkanlah kebanggaan kamu kepada-Nya dengan beriman pada-Nya. Wallahualam.

Wassalamualaikum. Barakallah.

No comments: