Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Monday

Salam diterima.

Balqis : Humaira' , Syafiqah kirim salam.

Humaira' : Salam diterima.

Balqis : Oh, Sofea pun! Dia kirim salam jugak.

Humaira' : Salam diterima. Jumpa diorang berdua tadi? Kat mana?

Balqis : A'ah. Kat cafe. Jumpa kejap je sebab diorang ada kelas lepas tu.

Humaira' : Oh.. I see. Aik. Dari tadi senyum je baca message. Dari buah hati ke?

Balqis : Isy.... Tak lah! Ke situ pulak awak ni. Dari Sakinah ni haa. Borak pasal dulu-dulu; masa sekolah dulu. Mana yang mengigaunya lah, mana yang suka melatah nya lah. *ketawa kecil* Rindu nyaaa~

Humaira' : Hmm.. Cepat je masa berlalu kan. Sekarang masing-masing dengan hala tuju masing-masing kan?

Balqis : A'ah. Cepat sangat. Rindu gila zaman dulu, kan?

Humaira' : *senyum*

Balqis : Anyway, Sakinah kirim salam ni haa. Dia kata dia rindu dekat awak.

Humaira' : Salam diterima. Saya pun rindu jugak. *senyum*

Balqis : *memandang tepat wajah Humaira' * Humaira' , saya pelik lah dengan awak ni. Kenapa bila saya sampaikan salam orang kat awak, awak tak jawab pun 'Waalaikumsalam' ? Bukannya susah pun nak jawab salam tu. Plus, Waalaikumsalam bukannya banyak mana pun syllable dia.... Dapat pahala lagi. Takkan itu pun susah sangat?

Humaira' : *senyum* Bukannya susah untuk diorang sampaikan salam dengan lafaz Assalamualaikum instead of kirim salam je, kan? Lagipun, Assalamualaikum tu satu perkataan yang lazim dan mudah disebut. Budak kecil pun tahu macam mana nak sebut kan? Dapat pahala pula tu kalau nak dibandingkan dengan lafaz kirim salam semata. Betul tak?

Balqis : *terdiam*

No comments: