Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Thursday

Berhenti sebut : "Rasanya malam tadi lailatul qadr. Menyesal rasanya sebab tak menghidupkan malam tadi"


بسم الله الرحمن الرحيم

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلۡإِنسَـٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدۡحً۬ا فَمُلَـٰقِيهِ (٦
 Thou, verily, O man, art working toward thy Lord a work which thou wilt meet (in His presence). ( 84 : 6)

Madrasah Ramadhan bukan semata-mata untuk mengejar Malam Al-Qadr. Tetapi untuk sentiasa istiqamah. Al-Qadr adalah bonus bagi insan yang terpilih, bukan bagi setiap insan. Sama seperti pemilihan tokoh-tokoh yang kita buat di dunia - Tokoh Maal Hijrah, tokoh ini, tokoh itu. Hari anugerahnya mungkin lambat, tapi ganjarannya bukan kepalang. 

Ingat! Al-Qadr adalah 'biasiswa' kita di sana. Hanya orang yang bersungguh akan dapat. Kalau dua puluh malam pertama pun sudah memanjakan diri, inikan pula mahu memaksa diri pada sepuluh malam terakhir. Agak-agak kalau dah terlalu lama memanjakan diri sendiri, mudah ke nak memaksa diri?

Kalau tidak tersenarai dalam penerima anugerah, penerima biasiswa, cuba kaji semula kesilapan diri. Bukan terus menerus mempersoalkan ini dan itu, menyesali ini dan itu. Kadang penyesalan itu perlu, tapi apa gunanya penyesalan tapi tiada iktibar di ambil dan masih berada di tompok yang sama? Nikmat Allah masih banyak. Pengampunan Allah masih luas. Firman Allah :  Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. (2 : 186) Giatkan lagi usaha di tahun yang mendatang. Berdoalah agar di sampaikan ke Ramadhan yang mendatang. Innallahasami'ul'alim wa innallahasami'uddua.

Apa yang penting, malam ini sudah malam ke-26. Giat kan usaha di tiga malam terakhir. Pintu rahmat Allah sentiasa terbuka. Pengampunan Allah sentiasa luas. Allah sentiasa mendengar, Allah sentiasa melihat. Berdoalah pada Allah. Bermunajat lah pada Allah. Tidak perlu memaksa diri kalau tidak mampu, tapi sekurang-kurangnya luangkanlah waktu buat kekasih hati.

Wallahualam. Assalamualaikum. Barakallah.

p/s : Bagaimana nak dapat bonus daripada Boss kalau kerja pun sambil lewa. Gaji mahu, bonus mahu tapi kesungguhan tiada?

2 comments:

nor amira said...

~.~ shukron atas pengisian perkara ni, kadang2 kita tak sedar, kita pun mempersoalkan bende ni. kita patutnya terus usaha dan usaha kejar 10 mlm ramadhan terakhir. tinggal berapa hari je lagi, moge dapat manfaatkan sepenuhnya.. insyaAllah =)

nor amira said...

syukran atas pengisian. beberapa hari lagi je Ramadhan bakal melabuhkan tirainya ~.~