Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Kalau buang air besar kena usaha tak?

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam buat junjungan mulia S.A.W dan seluruh sahabat serta keluarga baginda. Terima kasih Allah kerana membuka hati mereka untuk membaca picisan yang daku tulis. Biarpun tidak hebat mana. Tapi, Alhamdulillah buat pertama kali mecuba sudah ada jumlah sebegitu. *maaf kerana agak teruja. Maaf sangat. tapi serious, sekarang baru ada semangat nak menulis semula*  okay. entri ni nak menjawab persoalan yang dipaparkan di ruangan comment yang menarik perhatian saya.

#1

Klik untuk tumbesaran

Jawapan saya : Insya-Allah adaFirman Allah s.w.t, maksudnya: "Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu,maka bersangka tentangKu apa sahaja yang kamu ingini."(Hadis Qudsi). 


Andai mahu lelaki sebegitu, minta lah pada-Nya. Allah juga pernah berfirman :
(وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ (١٨٦
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.                                                    ( 2 : 186 )
Bukankah Allah itu Al-Wahhab. Allah tidak miskin. Allah mampu memberikan segala-Nya pada hamba-Nya jika Dia menginginkan-Nya. Bahkan Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahiim. Percayalah pada Allah. Yakinlah pada Allah sepenuh hati. Jangan ada ragu sedikit pun di situ. Innallahalatukhlifulmi'ad. Tapi, harus diingat! Birds of the same feather flock together, kan? Persis kalimatullah dalam Quran al-Karim :

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ (٢٦
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.   ( 24 : 26 )
Justeru, haruslah kamu berusaha untuk berubah menjadi yang terbaik. Sesungguhnya firman Allah SWT dalam kitab yang mulia :

(إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ ..... (١١......
 Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.      ( 13 : 11 ) 
Memang benar Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang diinginkan-Nya. Tapi, jika kita tidak berusaha ke arah itu? Bagaimana Allah akan menurunkan hidayah. Mari saya beri contoh mudah. Kalau perut kamu sakit memulas ingin melaburkan segala saham yang terkumpul dalam organ yang terletak antara esophagus dan usus kecil ( dalam bahasa mudahnya perut ) Bolehkah kamu mengeluarkan sahaja tanpa usaha? Mesti tidak kan? Kamu mestilah kena teran dulu. Kalau tak teran, mana boleh keluar? Dah terseksalah kamu di situ. Perut memulas, badan berpeluh, tapi 'bahan galian' masih tidak keluar. Silap hari bulan, kena penyakit pula sebab malas sangat nak teran. Nah! Begitu juga dengan batin kita. Batin kita memerlukan 'makanan', memerlukan sesuatu yang mengingatkan kita kepada yang Esa. Andai kita abaikan sahaja. Batin kita tidak ubah seperti perut yang terseksa sebab tak dapat buang air besar. Mudah. (kalau tidak faham, maaf. akan saya cuba terangkan nanti)


#2
Klik untuk tumbesaran

Jawapan saya : Bagi saya, setiap perkara harus mempunyai sebab. Alasannya mudah. Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Kenapa kita perlu makan? Sebab lapar. Kenapa kita perlu tidur? Sebab mengantuk. Kenapa kita perlu rehat? Sebab penat. Kenapa boleh terkena sakit jantung? Sebab kolesterol tinggi. Kenapa nak buang air besar? Sebab nutrient telah diserap dan bahan buangan tidak lagi diperlukan dalam perut. Kenapa ini? Kenapa itu? Semuanya bersebab. Firman Allah SWT :

(رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (١٩١........
........."Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.    ( 3 : 191 )
Mengapa kita pula mahu mensia-siakannya? Apa hak kita di situ? Benar. Ada perkara harus kita mencari sebabnya, ada yang tidak kita ketahui sebabnya. Tapi, kita hidup kerana siapa? Buat apa bersusah-payah mencari dan menggunakan sebab lain sedangkan Allah sentiasa ada? Allah sebab segala-galanya pada kita.

Ini hanyalah pandangan saya. Mungkin kalian punya pandangan berbeza. Tidak salah untuk mempunyai pandangan berbeza. Nama pun pandangan sahaja. Kalau ingin berkongsi, silakan. Jika tidak, yang salah jangan dimaki yang betul dipuji jangan. Cukuplah sekadar kita mengambil peringatan dan hadamkan ke dalan minda seterusnya sebatikan dalam jiwa. Kalau ada salah dan silap, sepuluh jari saya susun memohon ma'afirah. Insya-Allah, segalanya akan diberkati. Innallahama'anaa.

Apa-apa pun, terima kasih kerana membaca. Syukran lakum.

Ini pula comment yang paling menarik perhatian saya :

Klik untuk tumbesaran

Teehee~ Saya rasa dia ni kelakar dan comel. :) Moga kamu mendapat seorang lelaki seperti itu, aminn. :)

Assalamualaikum. Barakallah.

p/s : Jangan pula timbul persoalan kenapa aku sembah Allah? Jawapan terang-terangan sudah ada : kerana Allah pencipta, kita hamba. Kalau Allah boleh mencintai kita -pelbagai nikmat yang diturunkan-Nya, kenapa kita yang asyik berdolak-dalih mencari alasan untuk tidak mencintai-Nya?

6 comments:

nanad said...

WOW! Article [Awak, Kenapa Kahwin Dengan Saya?] tu amirah ke yg tulis? Amirah! kita menangis kot baca :'D Sangat menyentuh perasaan. Penulisan amirah memang SUPERB! Teruskan menulis, kita setia membaca ;D rasa macam nak mintak otograf je..hehe

hafzleen said...

serupa je soalan tu mcm saya punya dekat iluvislam.. geee sedikit terasa :D terima kasih

hafzleen said...

mohon share :D

admin said...

hafzleen : soalan itu, normal lah. maaf andai terasa. tapi, kita kan manusia. pasti timbul persoalan dalam apa jua keadaan. tanpa persoalan macam mana nak jadi yang terbaik? *okay. ayat mungkin agak pelik* :p sila sila. yang mana baik, dikongsi bisa; mana yang buruk, disebar jangan. :) Barakallah :)

admin said...

hafzleen : lupa nak cakap terima kasih. terima kasih sebab membaca dan terima kasih sebab mempersoalkan. :) La'allaki fi amanillah. *maaf jika tersalah. saya budak baru belajar* :p

admin said...

Hasnadia: janganlah begitu. Banyak gila Fira Fahmi edit kot. Credit to her. Anyway, kalau perasan, cerita tu ada dekat previous post. :)