Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Sunday

Berhenti menipu boleh tak?

بسم الله الرحمن الرحيم


Banyak kali kau ulang ikrar kau kata tak nak buat lagi dah, por eber and eber (forever and ever) , tapi kau buat jugak.

Banyak kali kau cakap nak berubah, tapi tak ubah-ubah.

Banyak kali kau janji nak pegang kuat-kuat, utuh seutuh-utuhnya kau punya janji manis yang kau taburkan bagai nak rak. Tapi, apa jadi? Janji entah ke mana, engkau entah di mana!

Weh! Berhenti menipu boleh tak? Mual lah weh! Kau bijak berkata-kata bila orang tanya . Engkau kata : "I hate LIARS!" "Aku paling pantang dengan penipu!"

C'mon lah wei! Takkan hanya pintar mengatur baris merungkap kata je? Benci penipu konon! Yang engkau tu tak menipu pulak kan? Hari-hari dok sebut :

" إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن "
“Sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam."


Mana wei? Mana perginya semua janji-janji kau? Ada kau hayati? Ada kau renungkan?

Bila dapat ujian sikit, mula nak menyalahkan takdir.
Bila dapat musibah sikit, mula persoalkan kenapa si polan si polan tak dapat, engkau pulak yang kena.

Sampai bila nak hidup macam ni? Mungkin kau kata, bila kau buat salah kau taubat, tapi kenapa kau ulang balik? Salah yang sama pulak tu. Mungkin kau boleh jawab, alah bisa tegal biasa, susah nak ubah. Tapi, kau sentiasa minta pengampunan. Tapi, di waktu tu, kau minta pengampunan sebab apa? Sebab nak hapus dosa, nak masuk syurga je? JE? Kata tadi, hidup kerana Allah. Kenapa kau tak minta pengampunan kerana nak kan keredhaan-Nya?

Engkau tahu kan Allah Maha Pengampun? Engkau tahu kan Allah Maha Pengasih? Sudah tu, kenapa engkau selalu ambil kesempatan? Bila Allah berfirman,

(قَالَ سَوۡفَ أَسۡتَغۡفِرُ لَكُمۡ رَبِّىٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ (٩٨
"Nabi Yaakub berkata: "Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" " ( 12 : 98)
Engkau pun ambil kesempatan. Kenapa wei? Kenapa nak ambil kesempatan? Engkau tahu Allah sayangkan hamba-hamba-Nya. Kenapa kau masih menolak kebenaran? Kenapa engkau sewenang-wenangnya cuba memutar belitkan hukum Allah supaya kau rasa innocent? Kenapa engkau melewatkan taubat? Kenapa? Ohh... Mungkin lah kan.. Mungkin je lah.... Engkau tahu dah eh bila Malaikat Izrail nak tarik nyawa kau? Tu yang engkau selamba rock je? Eh? Eh?

Apa? Apa dia? Tak? Kau tak tahu?! Dah tu, kenapa?

Wahai diri, kenapa tidak kau jawab persoalan-persoalan itu? Kenapa kau terkelu pulak?

Wahai diri, kenapa kau biarkan semua ini terjadi?

Wahai diri, engkau jangan ingat hidup ini ibarat contengan di atas sehelai kertas yang di lakar-lakar dan di conteng-conteng menggunakan sebatang pensel kayu yang ada pemadam di atas nya. Bila ada yang tak berkenan, kau padam guna pemadan yang tersedia.

Wahai diri, buang anggapan itu! Berapa kali mahu cakap? Hidup ini ibarat contengan di atas kanvas menggunakan cat yang tidak boleh dipadam. Sekali kau buat, terpalit lah selamanya. Kau hanya mampu untuk melakar dan melukis dengan lebih baik lagi. Untuk memadam, jangan diharap kerna takkan tergarap.

Haih. Entahlah. Tidak tahu nak berkata macam mana dah. Cuma sikit je nak tanya : "Engkau tak malu ke hidup di bumi Allah walhal hidup masih bergelumang dek dosa? Hidup tanpa barakah dan rahmah? Bagaimana kau nak mengharapkan sakinah dalam kehidupan? Cuba cakap, macam mana dunia mahu mengejar engkau sedangkan saham akhirat jarang kau intai mahupun risik dan jadikan ia benar-benar kemahuan kau? "

Wasalam. Barakallah.

p/s : sekadar peringatan buat diri sendiri dan sesiapa yang sudi diingatkan; maaf, entri kali ini mungkin bahasanya agak kasar. aasifah.
pp/s : bulan Ramadhan dekat dah, jom berlumba buat amal soleh! :)

Innallahama'ana.


*update*

p/s : Ayat telah banyak diubah mengikut kesesuaian. :)

2 comments:

Raden said...

sy pon tak suke liars...n backstabbers!! eeeee!!

admin said...

:)