Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Thursday

Mahu nya tak seronok ada dekat rumah.

بسم الله الرحمن الرحيم



"Life is not measured by the number of breaths we take; but by the moments that take our breath away"



Dulu, masa dekat kampus, saya memang dah sah-sah terkenal sebagai ahli paling aktif PBSM. Tahu dop mende PBSM tu? Dop eh. Bukan hok Persatuang Bulang Sabit Meroh tu. Ni PBSM hok Persatuang Balik Setiap Minggu. Macam mana boleh tergolong dalam ahli aktif ni? Sebab......dekat rumah saya suka ketawa  sampai adik pernah complaint : "Kalau Kak Nur balik, Kak Nur mesti ketawa paling banyak oh. Orang lain cool je. Adik pun tak faham kenapa." Gane lah dop ketawa. Dah masing-masing perangai hok molek gini :

I
Abah ; Me ; Adik

Nur, tadi ada seorang Cina ni sebijik macam Adik.

Haa? Ye ke?

Haa.. Sama macam Adik sebab nurse panggil-panggil tapi tak datang-datang.

Oh..

Kak Nur ni.. Dengar lah cerita Abah dulu!

Haa. Apa dia? Ce cite. Ce cite.

Mula-mula nurse tu panggil L** T** Soon. Cina tu buat dek je.
Lepas tu, nurse tu panggil lagi, L** T** Soon. Lagi sekali dia buat dek je. Pandang je. Kali ketiga nurse tu panggil, dia tak menyahut jugak. 
Lepas tu dia boring sebab lama sangat tunggu terus tanya kat nurse tu "Hey, saya mali sula lama, bila mau panggil saya masuk?"
Nurse tu jawab lah : "Pakcik ni L** T** Soon? Dari tadi saya panggil pakcik, tapi pakcik tak menyahut pun. Takpe, mari ikut saya"
Pakcik tu pun balas : "Lali tadi lu olang cakap "soon" saya tunggu lah. Takkan saya mau bangun. Tapi, asyik soon saja. Saya pikir bila mau turn saya. Saya sula tunggu lama"

*ketawa guling-guling dalam hati sebab cover dah termakan cakap Abah*

II
Abah ; Adik ; Me

Itu baru seorang. Ni ada lagi seorang. Lebih kurang je dengan pakcik Cina tu, kan dik?

Ha'a. Tapi, kali ni orang Melayu.

Hmm. Nama dia Baharudin. Masa dia nak daftar, nurse tu tanya lah nama penuh dia. Dia pun cakap "Baharudin" Nurse tu tanya lah : "bin?" Pakcik tu buat dek je. Dia pandang je nurse tu. Nurse tu tanya dia sekali lagi : "bin?" Sekali lagi pakcik tu pandang je nurse tu. Nasib baik nurse tu penyabar. Nurse tanya sekali lagi : "Nama pakcik Baharudin bin?" Pakcik tu terus jawab : "Awak ni. Nama saya kan Baharu-din. Mesti lah nama ayah saya Dah lama-din"

*menahan ketawa dengan sedaya-upaya lagi sekali sebab terkena kali kedua*

III
Adik ; Bonda ; Me

Adik, tolong buang sampah ni.

Alaa.. Akak buang lah. 

Kan akak tengah cuci pinggan ni. Tolong lah. Dah penuh dah ni.

Alaaa.. Akak buang lah. Adik malas lah. Adik ada kerja nak buat ni....

- Suddenly Bonda came to the rescue-

Nur, mananya sampah tu?

Tu haa. Dah penuh dah.

Adik... Adik... Pergi buang sampah ni. Dah penuh haa.

Kak Nur ni saja je kan. Kak Nur buang lah. Jahat oh akak ni...

Kan kakak tengah buat kerja tu. Tolong lah buang, kerjasama sikit. Kata wonderpets.

*ketawa terkekeh-kekeh. alahai... wonderpets pulak yang bonda ingat*

IV
Abang ; Me

Abang, sebelum mandi, keluarkan dulu benda tu. Senang nak mop nanti.

Isy.. Nur ni nak mop ke apa? Nak biar banjir satu rumah ke? Habis penuh haa. Buih banyak pulak tu.

Haa? Mana Nur tahu, tadi Nur minta tolong adik tutupkan air. Kan tengah menyapu tadi.

Isy. Tak senonoh lah Nur ni. Kamu tahu tak kamu tu apa?

*cuba mencari alasan membela diri* Alaa. Kalau multitasking gitu lah jadinya.

Nur ni nooblet tahu tak? Nooblet. Tahu nooblet tu apa?

Haa?

Nooblet tu, noob kecil. Macam adik tu haa. Nooblet! Macam dalam cerita pooh tu. Kalau pig kecil kan dia panggil piglet, noob kecil nooblet lah! Ceh! Nooblet!

*hilang terus letih mengemas*

Haa. Itu lah antara sebabnya saya suka ada di rumah. Anda?
Assalamualaikum. Barakallah.

*update*
Oh, mari sama-sama kita berdoa buat saudara se-Islam kita, walaupun saya tak kenal beliau tapi perit mengetahui orang yang rapat dengan kita sedang menghadapi saaat getir itu saya pernah rasai.
Innallahama'anaa.

2 comments:

Nurul said...

Thank you. I don't know what else to say. But, thank you.

admin said...

Welcome. Sama-sama kita doakan kesembuhan beliau ye. :)