Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Tuesday

Kebenaran ( pengakuan mungkin ? )

" Allah does not look at your appearance and wealth but looks at your heart and actions [Muslim] "
Kalau orang lain buat surat cinta, kita pun nak buat jugak.
Apa kamu ingat kita tak jealous bila baca kisah cinta orang lain?
Sekarang baca ni!
Ini kisah ana yang punya, muahahahaha.

Kalau nak bermanja, memang dah tak ada orang lain dah.

Kalau nak menggedik, memang tak ada orang lain dah.

Kalau nak berkasih-sayang, memang tak ada orang lain dah.

Kalau nak merajuk, memang tak ada orang lain dah.

Kalau nak bergaduh, memang tak ada orang lain dah.

Kalau nak bertekak, memang tak ada orang lain dah.

Kalau nak bergelak-tawa, memang tak ada orang lain dah.

Kalau nak berdating, memang tak ada orang lain dah.

Menangis dengan dia.

Mengadu dengan dia.

Ketawa dengan dia.

Senang cerita, beliau satu-satu nya lah.

Tak main lah dua tiga empat kan.

Apa barang!

Satu sudah cukup.

Lagi pun, perempuan memang diciptakan untuk setia pada satu je kan?

Sebab beliau saya dapat makan kenyang-kenyang.

Sebab beliau saya dapat tidur lena.

Sebab beliau saya tak pernah mandi tak basah.

Sebab beliau juga lah penternakan lemak di badan saya menjadi-jadi.

Apapun yang paling penting, sebab beliau lah saya dapat merasa bermacam keseronokan.

Pokok pangkalnya beliau lah segalanya.

Kalau nak kena lepuk dengan saya, berani-berani lah menggedik nak usik beliau!

Kalau nak kena gigit laju-laju dengan saya, berani-berani lah bermacam-macaman dengan beliau!

Heh.

Rasanya, cukup kot nak menggatal kat sini.

So, tak perlu kata lebih-lebih lah.

Cuma nak kata ni je,

I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU

♥♥♥

MAMA!

hihii :p

___

Kisah cap ibu dan anak. Bukan cap ayam ye, harap maklong. *Tak faham pasai pa maklong tak pasai-pasai? Cuba slang Terengganu bila baca. Kalau tak faham jugak. Pergi lari sepuluh pusingan keliling rumah baru tanya*

Angin bertiup sepoi-sepoi language pada malam itu membuatkan perut ku rancak bedondang sayang minta dibelai dan dimanja dengan cik biskut dan encik milo. jadi, dengan pantas dan cergas otak membuat keputusan serta menghantar signal ke otot-otot untuk bangun lincah membuat milo bagi menyenangkan si perut gedik. Burpp~ Kenyang. *eh. Sorry. tak manis sungguh si gadis sendawa kuat-kuat. Reject buat menantu kang, cik jah oiiii. Nak?* Tiba-tiba, bonda yang disangka tidur, terjaga dan terus laju meluncur kata mengatur bicara. Macam ni haa :

Bonda ; Me

Eh.... Mana milo nya?

Milo? Dalam perut.

Mana Mama punya? Kata nak buat. Isy.. Kamu ni kan... Memang lah.

Aik? Tapi tadikan Mama tidur.. Nampak nyenyak je.

Mama sakit kepala sebenarnya ni tau, RL. Nak tidur, sini terang.....kat dalam terang..... Adoii.Semua terang haa.! Pening kepala.

*mendengar sahaja seperti anak solehah. choii*

Haa. Ada kacang kan kat bawah? Pergi ambil.

Erk? *dalam hati bermonolog : nak tidur pun boleh teringat lagi. Ligat sungguh otak ibuku bekerja. Kagum!* :p


p/s : saya suka meng-kader kader tanya mama tiap-tiap hari saya ni cantik ke tak. hahaa. kenapa? ada masalah?:p
pp/s : bila tiba masanya, nak meng-kader kader tanya Encik Kanan pula lah. Muahahahahaha *ketawa macam Rico Suarez*
ppp/s : TERIMA KASIH YA ALLAH UNTUK SEGALANYA. ALHAMDULILLAH. 
pppp/s : apa banyak sangat p/s daaa. ceyt! ini last. cuma nak kata, entri ini saje nak cerita pasal bonda, bukan nak cari gaduh bila ayat pendahuluan tu digunakan, okayy. :)


Wasalam. Barakallah.

3 comments:

nor amira said...

hihihi. macam2 la dia ni :D

Nurul said...

You must adore your Mama so much. :)

I just wonder what to do when my dear Ummi is going through such difficult times, and I'm not there?

admin said...

:D