Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Friday

Kalau bukan kerana Dia (I)

"Aku terima nikahnya Fatimah Az-Zahrah binti Mohamad Nasir dengan mas kahwin RM80.00 tunai", dengan sekali lafaz, aku kini sah bergelar isteri orang. Lidahku kelu tidak mampu berkata apa-apa. Perasaanku? Entahlah. Segalanya bercampur baur. Pipiku terasa hangat dan basah. Makin lama, makin laju pula butiran kecil itu bermain polis entri di pipi tembamku.

Abdul Rahman bin Abdullah, ya itu lah nama jejaka yang kini telah sah menjadi suamiku. Yang akan menjadi teraju masjid yang telah kami bina. Orangnya tinggi, kulitnya agak cerah, matanya bersinar. Mukanya tidaklah persis Orlando Bloom yang dinobatkan menjadi "hot papa", mahupun Kim Hyun Joong yang menjadi kegilaan ramai gadis. Wajahnya tidaklah terlalu kacak, tetapi sedap mata memandang. Dia memang selalu menjadi buah mulut orang. Apakan tidak, sudahlah mukanya manis di pandang, di tambah pula dengan sikapnya yang zuhud. Ya, dia seorang yang taat kepada Maha Pencipta, Tuhan Sekalian Alam. Boleh dikatakan, tidak pernah dia terlepas untuk bersama-sama menyertai jemaah di masjid tiap kali sang kekasih hati memanggil pada tiap-tiap waktu. Bahkan, usai sahaja dia melafazkan akad, terus dia lakukan sujud syukur. Sungguh. Dia memang menjadi idaman siapa sahaja yang melihatnya.Aku juga aneh kenapa dia memilih aku? Kenapa aku? Dia begitu baik, begitu alim, begitu........ Ah! Senang cerita, orang kata : perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Aku sendiri pernah terjumpa ayat Al-Quran yang menyatakan begitu.

Sampai sekarang aku masih belum dapat jawapannya. Kenapa aku yang dipilihnya? Aku bukanlah baik mana. Kalau diikutkan, nun.... Di luar sana, masih ada berjuta yang boleh dipilihnya. Masih ramai lagi yang lebih baik dari ku. Tapi, kenapa aku? Pakai tudung pun aku masih tidak pecus lagi. Kadang, masih lagi tidak mengikut saranan agama. Mahu diceritakan bab solat, huh! Solat itu iya. Memang aku tidak pernah tinggal. Takut aku dengan Tuhan. Tapi, nak akhir-akhir waktu baru lah ku capai sejadah dan sepasang persalinan putih itu.

"Alhamdulillah. Sekarang, kita sah menjadi suami isteri. Abang harap, dengan penyatuan kita, dapatlah kita sama-sama berjuang ke jalan Allah", ujar suamiku menghentikan lamunanku sebentar tadi. Di pandangnya wajahku, kemudian di lapnya benih-benih jernih yang keluar dari kelopak mataku. Selepas disarungkan cincin ke jari manisku, kusalam tangannya. Dia kemudiannya mencium dahiku. Entah kenapa pada waktu itu aku terasa tenang. Aku dapat rasakan keselamatan yang selama ini tidak pernah kurasakan dengan mana-mana lelaki lain. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Air mataku tetap laju merembes keluar dari hujung pagar kelopakku.

"Alhamdulillah, anak mak sudah jadi isteri orang sekarang ni. Jadi isteri ni, tak mudah. Tapi, banyak ganjarannya. Lepas ni, kamu kena duduk dengan suami, jaga makan minum suami. Pesan mak jangan lupa, ya nak. Kata suami jangan ingkar", pesan ibuku sebelum aku pergi mengikut suamiku pulang ke rumah baru kami.

***

"Zahrah, dari tadi Abang tengok Zahrah diam je. Kenapa? Zahrah tak sedap badan ke?" tanya sang suami memecahkan kesunyian yang tercipta di antara kami.

Aku masih tidak mampu untuk berkata apa-apa. Ku gelengkan sahaja kepalaku menunjukkan kepadanya bahawa aku tidak apa-apa. Namun, dia terus ajukan soalan kepadaku "Sudah tu, kenapa Zahrah diam? Zahrah rindu mak ye?" Usikannya langsung tidak mendapat respon daripadaku. Aku masih duduk kaku di sofa ruang tamu rumah kami.

Alhamdulillah. Biarpun, rumah kami tidaklah besar mana tapi cukup dengan kelengkapan rumah.Set sofa, televisyen, peti sejuk, semuanya sudah lengkap tersedia. Suamiku memang benar-benar bijak merancang sebelum berkahwin. Dilengkapi dulu segalanya sebelum dia masuk merisik si gadis sunti.

Perlakuanku yang dari tadi diam membisu ibarat seorang anak kecil yang baru lepas dimarahi menyebabkan si dia mengambil keputusan untuk mendekatiku justeru terus mengatur langkah ke arahku dan mengambil posisi betul-betul di sebelahku. Di pegangnya pipiku, diusapnya kepalaku. Wajahnya begitu tenang menyebabkan aku turut tenang. Terus terdetik dalam hatiku 'Ah, untungnya badan. Sudahlah kacak, baik pula tu' Ditenungnya mataku dalam-dalam sebelum dia bertanyakan semula padaku, "Zahrah, kalau kamu tidak selesa Abang faham. Ni kali pertama kamu hidup tanpa parents kan. Tambah-tambah lagi mahu hidup dengan seorang lelaki dalam suasana baru. Abang faham Zahrah. Susah bagi kamu nak terima semua ni. Tapi, dari tadi tidak sekali pun Abang nampak kamu senyum. Kot ye pun, senyum lah sikit. Zahrah comel tau kalau senyum."

Entah kenapa, bibirku mula mengukir senyuman. Aneh. Kenapa aku akur dengan kata-kata dia? Ah! Aku tidak mahu lagi berada dalam kekeliruan. Aku perlu tahu kenapa dia beria-ia mahu menikahi aku. Gadis yang begitu banyak kelemahannya. Gadis yang tak pernah pun ambil peduli pasal dia. Gadis yang kalau ditanya orang, memang tidak ada seorang pun yang sanggup bermenantukan. Aku perlu tahu! aku ni sekadar pelengkap hidup dia yang sememangnya lengkap tu ke? Ye lah. Semuanya dia ada. Yang kurang, cuma isteri. Lagi-lagi umur dia yang dah masuk 30-an. Entah-entah aku ni sebagai bidan terjun. Dari tak ada langsung baik diambilnya aku sebagai isteri kan? Aku tak boleh berdiam lagi. Aku mahukan jawapan!

"Hmm.... Awak, kenapa awak nak kahwin dengan saya?" ayat pertama yang keluar dari rongga mulutku setelah bergelar suami isteri.

"Laa.. Sebab tu je ke. Zahrah cuma nak tahu tu je? Tu yang Zahrah diam membisu dari tadi?", ujar sang suami  diikuti ketawa kecil.

"Awak, saya tanya kenapa awak nak kahwin dengan saya?" tanyaku dengan nada yang lebih tegas.

"Hmm... Zahrah nak Abang jawab macam mana? Biar Abang jawab asalkan isteri Abang senyum"

"Awak, saya tak main-main ni. Saya tanya sekali lagi. Kenapa awak kahwin dengan saya?" bentakku.

"Okay. Abang akan jawab. Tapi, sebelum tu boleh Abang tahu kenapa Zahrah kahwin dengan Abang?"

Terkaku kelu lidahku mendengar ungkapan balas darinya. Ya, kenapa aku mengahwininya? Kalau aku tidak mahu, boleh saja aku katakan tidak. Tapi, kenapa aku terima? Kenapa aku tidak membantah di saat ibu dan ayah menjodohkan aku dengan dirinya? Apa yang membuatkan aku tertarik dengan si dia? Sebab wajahnya kah? Atau sebab kebijaksanaan si teruna? Atau mungkin kerana keimanannya? Entah. Aku tidak tahu. Aku keliru.

"Kenapa Zahrah membisu?" tanya si suami membuatkan aku tersedar.

"Saya tanya awak dulu kan! Awak jawab je lah! Jangan nak ubah topik boleh tak?"

"Zahrah nak tahu? Betul ni?"

Aku diam sahaja tanda protes mengharapkan dia mengerti bahawa aku benar-benar serious mahu mendengar jawapannya. Gigiku kuketap menegaskan lagi betapa seriousnya aku ketika itu.

"Abang kahwin dengan Zahrah sebab Allah"

"Awak, dari dulu sampai sekarang itu je yang awak kata. I need your explanations! Please, I need to know the truth. Stop fooling around with God's name, boleh tak? Kalau awak nak menarik perhatian saya dengan jawapan awak tu, fine! You've made it! Saya tertarik bila dengar awak cakap macam tu. Tapi, sekarang please lah! Since, kita memang dah sah jadi husband and wife, I need to know why. And by saying that, I mean, explanation. Saya tak mahu jawapan seketul. Saya mahu penerangan, boleh? Sebab saya tak nak hidup dalam kekeliruan. Hidup dalam sangkaan yang awak kahwin dengan saya sebab saya ni last choice. I'm tired of being the person who people'll turn to bila diorang tengah lonely. Bila diorang dah tak ada tempat lain untuk mengadu, untuk berseronok, untuk bergelak tawa, baru diorang nak cari saya. Saya penat diperlakukan sebegitu. Awak faham?" jawabku keras. Ku palingkan mukaku darinya. Entah kenapa aku begitu takut untuk berkata kasar tepat pada wajahnya. Entah kenapa secara automatik aku berkata begitu tanpa ada sedikit pun keberanian memandang mukanya.

Sekali lagi, dia mengalihkan wajahku tepat memandang wajahnya. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Tiada langsung bara kemarahan yang dapat dilihat dalam irisnya.

"Abang kahwin dengan Zahrah cuma ada satu sebab. Tak lebih, cuma satu. Orang lain, mungkin ada banyak sebab tapi bagi Abang, cukuplah satu sebab Abang. Abang kahwin dengan Zahrah bukan sebab Zahrah cantik. Abang akui, Zahrah memang cantik. Tapi, jujur Abang katakan kalau Abang nak cari yang lebih cantik, Abang boleh. Tu langsung tak menjadi masalah. Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab Zahrah bijak. Buat apa Abang kahwin dengan orang yang bijak yang satu hari nanti berkemungkinan besar akan pijak kepala Abang? Abang tak kahwin dengan Zahrah sebab kemewahan. Tidak Zahrah, tidak sama sekali. Kalau mahukan kemewahan, segalanya Abang dah ada. Rumah.. Kereta... Walaupun tidaklah sebagus dan semahal mana, tapi sekurang-kurangnya Abang ada"

Kata-katanya lagi sekali membuatkan flood gate ku mula penuh hanya menanti masa untuk dirembeskan. Aku benar-benar kaget mendengar ucapannya. Seketul organ yang aku bawa selama ini, yang aku jaga daripada dipermainkan oleh mana-mana insan yang bergelar lelaki bagaikan ditusuk dan dirobek-robek halus oleh kata-katanya. Sinis sungguh arjuna ini! Mentang-mentang aku sudah sah menjadi isteri, boleh pula dia suka-suka hati cakap macam tu kat aku. Indah khabar dari rupa sungguh! Mahu sahaja aku tampar mukanya. Namun, entah kenapa badanku terus diam kaku. Seakan-akan masih menanti kata-kata yang bakal keluar dari bibirnya yang berwarna merah jambu, bersih dari kotoran nikotin.
____

xx,RL


p/s : Sekadar mengisi masa senggang. Tekalah apa yang ada dalam pemikiran saya bagi meneruskan cerita. :)
pp/s : Saya menulis kerana minat. Bak kata orang putih : Write to express not to impress. :)


*updated*



Oh, saya hantar ini. Ending buat jam sepuluh sebelum menghantar kepada mereka. Kalau tersiar, boleh baca ending. :) Tapi, sepatutnya jalan ceritanya panjang. Tapi, menggedik nak hantar. So, this is it. :) Kesinambungan sebenar, insya-Allah akan tetap saya tulis. Entah kenapa hormon melonjak nak menghantar. Heh.

2 comments:

AiniRose said...

waaa mirah..da pandai wat cite ye..bes2..cpat smbung lagi..hehehe
lepas 2 laki 2 pon jwb sbab da jodoh nak wt camne and pompuan 2 pon bertambah bengang..hahahahaha

admin said...

:p sat nooo. kalau rajin, saya sambung. :) tak pun, kamu je lah habiskan :DD