Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Tuesday

Semuanya indah bagiku.

Everything in The world


Dulu, kalau nampak peha ayam goreng mesti nak berebut dengan adik-beradik.

Dulu, kalau gaduh mesti pukul-pukul, cubit-cubit, gigit-gigit.


Dulu, kalau nampak mainan je mesti merengek-rengek nak.

Dulu, pantang dengar pakcik ais krim naik motor tu.. Mesti kejar sampai dapat.

Dulu, tak sabar tunggu pukul 5 sebab boleh keluar main dekat padang.

Dulu, tak sabar tunggu cuti sekolah sebab Abah mesti bawa berjalan.

Dulu, takut nak pegang tangan budak lelaki sebab percaya mama kata boleh mengandung.

Dulu, mesti berusaha habis-habisan untuk puasa penuh sebab sehari puasa dapat seringgit.

Dulu, mesti bangun pagi-pagi sebab tak nak miss tengok cerita Dragon Ball dan Sailormoon.

Dulu, mesti nak beli guli banyak-banyak sebab main guli paling keren waktu tu.

Dulu, mesti tak sabar-sabar tunggu hari raya sebab waktu tu lah dapat duit paling banyak.

Dulu, pantang tengok iklan tora mesti mengada-ngada nak beli untuk dapatkan mainan dia.

Dulu, bila kena marah, duduk tepi dinding sorang-sorang cakap dekat diri kalau ada anak nanti, siaplah budak tu kena marah macam mana aku kena dengan mama.

Dulu, bila kena marah mesti buat muncung sampai boleh sangkut baju.

Dulu, paling suka waktu dekat nak raya sebab tiap-tiap tahun mesti dapat dress baru, boleh berangan jadi puteri raja.

Dulu, barang mainan semuanya mesti kena sama dengan abang.

Dulu, mesti kena carry dengan abang naik basikal round-round padang.

Dulu, paling suka bila pergi rumah sedara sebab bila nak balik je, diorang mesti bagi duit.

Ahh... Itu semua dulu. Zaman tidak tahu apa-apa. Zaman bersuka ria tanpa perlu bimbang masa hadapan. Zaman dilimpahi kasih sayang yang melampau.

Ahh. Sungguh, saya rindu zaman dahulu. Zaman di mana mama dan abah akan cium pipi dan dahi sebelum masuk tidur.

4 comments:

Naddia said...

sekarang bile da beso sume susah..sume uruskan sndri..malu nk mtk tlg mama n ayah..tp xmalu plak mtk tlg boipren. hehe

admin said...

huhuu. betulbetulbetul! moh sini, high five sikit! hehee. boleh pulak high five nak sikit ke banyak kan. :p

FINA said...

dulu-dulu best je kan..rs mcm nk putar balik masa.. -.-

admin said...

huhuu~ couldn't agree more with you fina. kalau boleh kan... :|