Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Monday

Kalau cerita bab kahwin ni memang seronok. Selagi tak kahwin, selagi tu nak cerita.

Dulu, bila ada topik pasal kahwin terus tanya Mama : "Ma, kalau kahwin kita tidur bilik lain, suami tidur bilik lain tak boleh ke?"

Dulu, bila orang kata dah kahwin kena tinggal dengan suami, duduk dengan suami, sebilik dengan suami terus tanya mama : "Ma, kalau kita sebilik dengan suami, tapi beli katil besar-besar, letak bantal tengah-tengah tinggi-tinggi dia duduk part lagi satu, kita duduk part lagi satu boleh tak?"


Dulu, bila Abah kata perempuan kena siang ikan, goreng ikan, masak ikan, terus pasang niat nak kahwin dengan lelaki yang pandai masak sebab tak pandai siang ikan.

Dulu, bila orang sebut pasal kahwin, mesti tanya Mama : "Ma, mama kahwin dulu malu tak?"

Dulu, bila Abah atau Mama ugut nak kahwinkan dengan somebody sebab tak reti nak behave mesti dan dan tu jugak nak behave, jadi baik, tak nak buat perangai dah.

Dulu, bila Mama kata kalau dah kahwin dapat anak, rasa seronok gila! Rasa hari-hari nak dapat anak, boleh main dengan budak kecil, sebab terlampau banyak tengok cerita cartoon yang tunjuk ada burung yang akan send baby kat kita tu. Tapi, bila fikir-fikir balik, terus tak jadi sebab pelik macam mana burung tu pulak boleh hantar baby tu. Kalau dapat baby tak comel macam mana?

Dulu, kalau tengok cerita yang ada orang kahwin-kahwin tu suka sangat sebab suka tengok diorang punya dress. Tapi, mesti malu gila nak tengok sebab lepas tu mesti kena sakat dengan abang.

Dulu, kalau pergi majlis nikah orang, mesti pelik bila tengok pengantin nangis-nangis lepas tu mulalah tanya mama : "Ma, kenapa dia menangis? Masa mama kahwin dulu mama nangis tak?"

Dulu, kalau kawan kata kahwin cepat seronok, mati-mati cakap : "TAKKKKK... Kahwin awal tak best. Tak dapat enjoy life dah kena jaga suami, jaga anak."

Huhuu. Masa tu kecik-kecik. Tak tahu apa-apa lagi. Sekarang ni? So Mr. Right datang lah cepat... Janganlah bagi Mr. Left jumpa saya dulu. *blushing*

10 comments:

awatiffaziz said...

thank follow.
nice blog laa...
ajar2

lil caliph said...

oke tajuk post ni cool. haha

Naddia said...

nk kawen!!!

nor amira said...

hehehe. macam da bau nasi minyak je kat blog ni. hehehe
ble den dapok meraso nasi minyak ekau ni?? weeee cakap nogri da pulok doh. :D

a.i said...

hahaha...
amirahhhh..u r so funny la...huhu ;D

admin said...

awatif : welcome. :D erk? Saya guna blog template yang paling basic tu haa.. Mana ada cantik pun.

lil caliph : uhuu~ syukran *wink*

naddia : sila sila. jgn lupa jemput yaaaa :D

amira : hahaa. kalau dah jumpa, insya-Allah lah ye :D

a.i : erk.? eh? :p

nanad said...

phewwit~jgn lupa pos kad undangan kat saya! ;D

admin said...

hasnadia : hahaa :p doa lah encik betul jumpa saya cepat-cepat. :p

syeera anggun said...

hahah...c0mel giler:P

admin said...

Syeera : hahaa. apa nya yang comel, peri oii? :p