Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Sunday

Cinta kita. Tapi kita kan tak ada ikatan yang sah. Astaghfirullah....



“Cinta bukan sekadar kata-kata”. Cinta adalah tanggungjawab. Bila seseorang menyatakan yang dia cinta kepada kita, “ Aku cinta kepadamu , samalah seperti dia berkata : “ Aku ingin bertanggungjawab ke atasmu ”  Kalau ada yang berkata , “ Aku tidak punya apa-apa, aku tidak punya kerja, aku tidak punya rupa, aku tidak punya harta untuk mencintaimu. Yang ada hanya cinta yang mendalam .” AWAS!!
Janganlah kita mudah percaya kerana penuturnya besar kemungkinan merupakan seorang PEMBOHONG, kerana dia sebenarnya perlu menyediakan keperluan dan bertanggungjawab .  Cita-cita cinta yang SUCI  ialah perkahwinan ”.


Mengikut fenomena di zaman era globalisasi kini, ramai daripada masyarakat kita menggunakan jalan yang salah iaitu ikhtilat tidak syarie melalui Facebook, Yahoo Mesenger dan lain-lain, cinta monyet dan  melakukan bermacam-macam perkara yang dilarang oleh ALLAH S.W.T.  Melalui firman ALLAH S.W.T di dalamSurah Al- Isra’ ayat 32 :

Maksudnya: “ Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk ”.

Berdasarkan firman ALLAH di atas, ALLAH telah mengingatkan hambanya agar tidak manghampiri zina. Mungkin kita tertanya-tanya “ Kalau berbalas-balas mesej dan YM dengan kekasih  itu zina ke?" Atau mungkin, ada juga yang menimbulkan kenyataan seperti ini : "Kami bukannya pasangan kekasih. Kami hanya kawan. Salahkah kami bertanya khabar, bertukar cerita?"  Mungkin, kita tidak sedar yang sebenarnya itu merupakan salah satu cara yang membawa kita kepada zina, kerana zina terbahagi kepada 2 bahagian:

 PERTAMA : Zina secara zahir.

 KEDUA : Zina secara sirr (sembunyi)  iaitu melalui cara  berkasih sayang dan rindu

Jika kita berbalas-balas mesej atau YM lama kelamaan hati akan menjadikan kita rindu dan sayang kepada si DIA. Ini merupakan salah satu zina iaitu zina hatiMungkin ada yang masih keliru dengan istilah zina hati. Apa pula yang cuba dimaksudkan di sini? Saya juga tidak kurang seperti kalian. Tertanya-tanya apa itu zina hati lantas mengambil keputusan untuk bertanya kepada salah seorang ustaz yang mengajar saya. Maklumlah, orang kata : "Malu bertanya sesat jalan" Begini beliau  memberikan hujah: "Zina hati tidak seperti zina yang seperti kita sedia maklum yang melibatkan fizikal. Zina hati terjadi bila kita mula rindu, sayang dan seumpamanya kepada pihak satu lagi yang tidak mempunyai apa-apa ikatan yang sah dari segi syar'ie. Dalam erti kata lain, tempat yang sepatutnya menjadi milik Allah sebelum kita dimiliki, telah diisi oleh pihak tersebut"

Bukan itu je, melalui mata juga boleh membawa kita kepada zina, iaitu dengan cara kita melihat si DIA dengan perasaan yang asyik dan berahi sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW : “ Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah sentuhan. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan ( menuju ke tempat pertemuan ). Mulut juga berzina dan zinanya ialah Ciuman ”[ Riwayat Muslim dan Abu Daud ]

Sebenarnya banyak jalan dan perkara yang membawa kita kepada zina. Jangan biarkan diri kita melalui jalan dan perkara yang membawa kepada penzinaan.

Berdasarkan Firman ALLAH S.W.T di dalam surah An-Nur ayat 332-333:
Maksudnya “ Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat ” ( 332 ). Katakanlah kepada wanita yang beriman: “ Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang ( biasa ) nampak padanya ”( 333 ).

Ayat –ayat Al-Quran  ini menghimpunkan antara menahan pandangan dan memelihara kemaluan, ianya menunjukkan kepada kita apabila seseorang itu menjaga pandangan dia akan dapat  memelihara kemaluan dan kehormatannya. Oleh ituPANDANGAN merupakan salah satu penyebab berlakunya perkara-perkara yang buruk.

Wahai Pemuda –pemudi Islam sekalian,

Pernahkah kita dengar Rasullulah keluar "dating"? Pernahkah kita dengar Saidina Abu Bakar tidak putus-putus mengucapkan kata kasih dan rindu kepada bakal isterinya? Ada Saidina Ali tidak pernah lepas menghubungi isterinya sebelum mereka bernikah? 

Saya yakin, ungkapan couple cara Islamic sudah tidak dapat lari dari halwa pendegaran kita, bukan? Katanya hanya bertanya khabar dan ingat-mengingati satu sama lain. Tidak pun, pasti ada sesetengah yang masih cuba mahu mempertahankan diri dengan mengatakan : "Kami bukannya buat apa-apa. Kami hanya berbual, bertukar cerita. Takkan itu pun salah? Kan Islam sendiri menggalakkan kita berukhuwah"

Kakak-kakak, Abang-abang,

Kita boleh nak menegakkan anjuran Islam untuk berukhuwah. Tapi, kenapa kita tidak lakukan dengan sahabat sesama jenis? Kenapa tidak kita lakukan bersama keluarga dan jiran-jiran? Kenapa tidak kita ringankan kaki melangkah ke masjid untuk berukhuwah? Sahabat saya pernah kata : "Niat tidak menghalalkan cara" Jadi, cuba kita renungkan bersama.

Kita renungi kembali sejarah silam kita, adakah kita tergolong di dalam golongon orang yang melalui jalan zina. Jika kita merupakan salah seorang yang menyumbang kearah penzinaan ini, maka kita muhasabah kembali diri kita.Kembalilah ke pangkal jalan, bertaubatlah moga taubat kita di terima oleh ALLAH S.W.T dan memohon keampunan kepadaNYA, moga kita mendapat petunjuk dan kekuatan dariNYA.

Namun ada juga sahabat-sahabat kita yang tidak mahu untuk berubah kerana katanya dia masih tidak mendapat hidayah daripada ALLAH S.W.T? Tetapi langsung tiada usaha dari dirinya untuk merebut hidayah dan rahmat ALLAH. Hakikatnya , memang ALLAH berkuasa mengubah nasib sesiapa sahaja dalam sekelip mata melalui hidayahNya. Namun, pintu hidayah dan rahmat ALLAH biasanya dekat dengan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Ustazah saya pernah sebut : "Hidayah itu tidak datang sendiri. Hidayah itu perlu kita cari"
Imam Al Ghazali mencatat didalam bukunya Bidayatul Hidayah : “ Hendaklah engkau mengetahui bahawa hidayah itu adalah buah dari ilmu dan hidayah itu ada permulaan dan penghujungnya ”.

Cuba kita renungkan.. .hakikatnya cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan ‘lesen’ seperti cinta selepas perkahwinan. Ini kerana ALLAH sangat melarang zina malah segala perbuatan yang boleh menghampirinya; bergaul bebas, berkhalwat, memandang dengan nafsu, bersenda gurau dan sebagainya.

Kata pepatah
“ Cintakan bunga… bungakan layu,
  Cintakan rasul… cinta sejati,
  Cintakan manusia…  manusiakan pergi,
  Cintakan Allah kekal abadi ”  

Oleh itu sahabat-sahabat jauhilah diri kita dari mendekati ‘ IKHTILAT YANG TIDAK SYARIE ’Jangan kita masuk ke dalam perangkap syaitan, yang mana kita ketahui syaitan sentiasa menggoda manusia supaya melanggar perintah Allah dan melakukan LaranganNya. Kecapilah bahagia dengan CINTA ALLAH.Bahagia itu ketenangan – hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Hati akan tenang dengan mengingati Allah dan hanya orang yang tenang sahaja yang dapat meberi ketenangan.

Sebagai seorang Da’ie, jalankan tanggungjawab anda untuk menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran. Tetapi jangan lupa untuk mencegah diri sendiri juga dari melakukan kemungkaran. IKHTILAT NERAKA , SAY NO IKHTILAT.



Diambil dan di edit dari sumber inihttp://republicmeow.blogspot.com/. Barakallah. ^.^

p/s : Saya bukanlah baik mana. Saya sendiri hidup di kalangan orang yang sebegini. Terkadang, saya juga terlanjur melakukan perkara sebegini. Astaghfirullah, ihdina sirotolmustaqim.
pp/s : Peringatan untuk diri sendiri dan semua.
ppp/s : Minta pada Allah agar dipermudahkan segala urusan dalam agama. Aminn

2 comments:

nor amira said...

rindu kamu, sahabat.
moge kte slalu diberikan kekuatan iman. Amin :)

RL said...

rindu kamu juga, sahabat :)
amin ya rabala'lamin. :)
bila start cuti?