Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Wednesday

Untuk perkongsian bersama.



Suatu hari, ada seorang sahabat saya
yang post satu hadith mengenai kiamat. Niatnya yang murni itu pula telah dibidas oleh satu pihak dengan mengatakan : "you over analysed things". Salahkah dia pabila niatnya ingin berkongsi? Salahkah? Saudara kita itu bukannya over analyse tapi cuma ingin membuatkan kita berfikir. Kenapa bila beliau menghantar perkara sebegitu ada sahaja yang mahu membidas? Kenapa tidak berfikir sejenak dengan hadith itu? Itu hadith sahih dari junjungan mulia kita, wahai saudara. Mengapa kamu perlu membidas?

Beginilah sikap manusia bukan? Bila ada sahaja entri atau post-post mengenai hal duniawi, perempuan, fesyen, duit, misalnya. Laju sahaja. Tapi bila mahu berkongsi mengenai hal-hal keagamaan, masing-masing ada sahaja alasan mahu membidas. Ada sahaja perkara yang mahu ditentangnya. Kenapa tidak ambil masa sejenak untuk berfikir? Tiada sebarang kerugian pun kalau berfikir. Tidak mengerah tenaga, tidak menggunakan wang dan tidak menyusahkan diri. Cuma perlu menggerakkan akal sahaja. Susahkah? Jika ingin membeli baju tatkala sales, sanggup kita tunggu berjam-jam untuk membayar bil. Jika ingin menonton wayang, sanggup kita beratur panjang untuk membeli tiket, jika teringin untuk makan makanan yang di-recommend-kan enak, sanggup kita redah highway ke johor, misalnya, untuk mendapatkan makanan tersebut. Tapi, kenapa untuk berfikir mengenai hadith nabi itu kita ambil enteng? Kenapa begitu mudah kita ambil ringan?

Tak perlu guna duit pun bang. Tak perlu guna tenaga pun, kak. Bukannya perkara yang dikongsi tak berfaedah. Dah nama ilmu kan....

Maaflah jika beremosi sedikit. Saya akui saya sendiri banyak khilafnya. Kita kan bukan maksum. Mana terlepas dari berbuat dosa. Saya mengerti. Tapi, tolonglah sahabat yang kacak semuanya, comel seluruhnya.... Saya mohon... Bila ada ilmu yang cuba disampaikan, ilmu agama terutamanya, tolonglah jangan ambil enteng dan perlekehkan. Tak ingat ke apa yang kita belajar dalam subjek pendidikan Islam tingkatan 4 : Larangan Mempersendakan Agama. Tak ingat? Pergi buka buku teks balik tajuk aqidah!

Okaylah. Saya beri satu contoh. Kalaulah kan kamu diberi wang satu juta. Tak kira lah satu juta ringgit Malaysia ke... Satu juta Riyal Saudi ke.... Satu juta dolar America ke..... Yang penting duit satu juta lah. Tak nak ke kamu? Sedangkan duit seringgit atas jalan pun kutip. Ni satu juta... Siapa tak nak kan? Ibaratnya begitulah.... Cuma ilmu itu bentuknya abstrak.

Fine. Susah eh nak bayang? Ilmu kan lain..... Duit lain... Two things which have huge diff kan?? Hmm.. Suka saya nak share. Kamu tahu tak kenapa kamu rasa macam tu? Perasaan yang bila mana kamu buat kemungkaran dan kejahatan seronok je rasanya. Fun jee... Katanya lah. Andai rasa guilty pun, confirm nak cari jalan buatkan benda yang salah tu kononnya dibenarkan oleh syara' andai kaedahnya lain. Kononnya lah. Nak tahu tak sebab apa? Tuuu! Tuuu! Sebab si durjana tu lah! Iyee... Musuh kita si laknat tu, syaitan laknatullah tu! Iblis durjana! Si durjana tu lah punya kerja. Ada kita dengar kalau buat baik mesti syaitan bisik, eh.... Buatlah lagi.... Allah suka ni... Boleh tambah iman... Masuk syurga... Kau tak nak masuk syurga ke? Tidakkkkkkk kan? Sebab si laknat tu nak makhluk terbaik ciptaan Allah ni terjunam dalam neraka bersama mereka. Sebab tu lah. Bila buat jahat, wahhhh~ Panjang tanduk diaaaaa *metafor sahaja* dok menghasut kata seronok.... Ptuuuiiiiiii!~

Kalau masa dating tu, fuhhh~ Rasa dia..... Seronok! Sebab apa? Sebab apa rasa macam tu? Sebab si syaitan tu lah! Bisik-bisik kata seronok, rasa puas, rasa nak lagi dan lagi. Masa tu, macam heaven lah kononnya. Yelah. Hidup cuma sekali kan? Tapi, dah lama-lama... Dok berangan dalam bilik sorang-sorang tetibe terfikir : "Eh..... Islam kan tak bagi couple couple ni. Hmm.. Kalau macam tu bertunang lah." Dah bertunang, terus ideology baru pulak. Dah fikir boleh jumpa selalu, borak selalu, pasti boleh lah try pegang-pegang. Dah nama tunang kan? Tapi, itu baru tunang, kak. Baru tunang, bang. Belum lagi akad. Sedangkan orang berkahwin boleh jatuh talak, inikan pula tunang yang hanya sebagai tanda si perempuan sudah dirisik. Tapi, itu tak bermakna kamu dah dapat green light untuk act as husband and wife, sedara sedari oii. Lagipun, ada Nabi SAW bersabda yang kamu boleh buat apa-apa waktu bertunang? Setahu saya lah kan.... Nabi SAW sabdanya begini :

Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


Dah tu kenapa terjerumus jugak nak buat begitu?Tak lain tak bukan sebab si syaitan tu lah! Syaitan yang iri dengan makhluk yang Allah ciptakan sebaik-baik ciptaan ni..... Macam mana saya tahu? Lahhh... Kan Allah ada berfirman dalam Al-Quran Al-Karim dalam surah Yassin, ayat 60 : "Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" . Bukan surah Yassin je. Banyak lagi surah lain Allah firmankan. Tak jelas lagi? Dah tu? Kenapa nak termakan pujuk rayu si durjana?

Apa? Susah untuk tak terikut kata syaitan yang direjam?! Lah.... Awat susahnya? Kamu ni percaya si laknat tu ada ke tak? Dah tu? Kalau hantu yang bermacam bagai orang popularkan buat cerita gini gitu masuk panggung, kamu percaya. Ini tak percaya pula? Ohhh... Maksud kamu, kamu percaya lah ye? Dah tu awat takut? Allah kan ada! Allah tu lagi Maha Berkuasa. Bagi Allah, syaitan tu nothing lahh! Mintalah perlindungan Allah. Tak susahkan? Haa.. Angkat tangan tu, mohon kat Yang Maha Esa, Raja Sekalian Alam iaitu Allah 'Azza Wa Jalla. Apa? Susah lagi? Tak rasa feeling tu? Tak ikhlas? Aik.... Kamu ni percaya benda ghaib ke tak? Haaa... Tahu ke tidak rukun iman tu apa? List dalam rukun iman?? Hmmm... Cuba muhasabah diri kenapa terasa diri jauh dengan pencipta kita..

Saya nak kata lebih-lebih pun tak boleh. Cuma boleh ambil iktibar. Jadi lepas ni..... Tolong lah ye. Jangan nak perlekeh sangat lah kan bila orang berkongsi ilmu. Kalau sendiri kena perlekeh suka ke? So, jangan buat benda yang tidak disukai pada orang kalau tak suka dilayan begitu. Senang cerita macam ni lah. Kalau kamu bagi orang coklat, dia balas dengan najis. Suka ka? Tidak kan. Kamu bagi benda sedap, dia bagi benda busuk. Dah lah busuk, tak boleh dibuat makan pula tu. Haaa. Ibaratnya begitulah. Ce fikir ce fikir.

Assalamualaikum. Barakallah. :))

p/s : saya kagum dengan mereka ni! Buat bakal suami *insya-Allah kalau telah Allah tetapkan untuk bertemu di muka bumi* saya sangat suka kalau awak seperti tunangan saudari itu. Kalau boleh, saya memang mengharapkan awak mengucapkan kata-kata yang serupa.

pp/s : nak tahu lebih lanjut pasal musuh kita yang busuk hati tu *eh jap! Syaitan tu ada hati ke? Ke hati diorang busuk sangat sampai dah tak macam hati pun? Wallahu'alam* tengok di sini lah ye. :)

No comments: