Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Thursday

Ros Kering

"dear,

sorry for everything. sorry sangatsangatsangatt. i have never thought that it'll be like this. it has never crossed my mind pun. sungguh! dear, sorry for hurting you. sorry for ignoring you. sorry for everything i did. i tak taw da nak cakap cane lagi. tapi, sometimes, i can just be too ignorant. i knw, this is soo not good. tapi... hmm... entahlah. perhaps, melalui ni kita akan jadi lebih rapat. atau sebaliknya. hmm.. all i can say is, i love you sangatt!"

dimasukkannya nisa sekuntum ros kering bersama dengan surat yang telah ditulisnya itu. kemudian dilekatkannya surat itu lantas diletakkannya di atas almari. nisa kemudiannya menyelimuti dirinya dan berbaring di atas katilnya sambil mengenangkan waktu-waktunya yang lalu.

***

text from aini : "thisloveislovethelovebestlovewaylovetoloveshowlovethatloveiloveluvloveyoulovesolovemuchlove.
now, read again without love. ;)"
text replied : honey, hallufiu too! sangatttttt okayh! sayangg you gile!

tersenyum nisa membaca mesej yang telah dihantar oleh sahabatnya itu. tidak pernah disangka oleh nisa bahawa mereka boleh menjadi sahabat baik. perkenalan mereka dulu pun bermula melalui salah seorang rakan nisa, yasmin.

aini kecil orangnya. kulitnya putih. gemar berbicara, gemar menyanyi, gemar bergurau.

ingat lagi nisa akan waktu dahulu,

"you! i nak potong rambut macam you! nanti bila jumpa, kita nyamar jadi siblings taw. if not, kita nyamar jadi kembar. hahaa. best kan?" , ujar nisa kepada aini.

ketawa aini mendengar kata-kata nisa lantas jawabnya, "a'ah kan.. nanti kita jalan dua orang je. together-gether. pastu, kita ngaku kita ni twins. best gak an." terus disambungnya tawa.

namun entah kenapa. kini, mereka bagaikan orang yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain. umpama mereka tidak pernah berbicara sekalipun. mahu dikatakan mesej, langsung tidaklah jawabnya, berborak apatah lagi.

terfikir nisa bersendirian. mungkin selama ini apa yang dilakukannya itu salah. seringkali juga rakan-rakan yang lain meluahkan perasaan mereka kepada nis. nisa dianggap oleh teman-temannya yang lain sebagai seorang yang boleh dihrap jika mereka ditimpa masalah. dan masalah yang sering didengar oleh nisa ialah, rakan-rakannya sering mengadu bahawa mereka tidak mendapat perhatian daripada orang yang mereka rasakan rapat.

sekali, terlintas difikiran nisa. mungkin selama ini dia tidak memberi perhatian kepada aini. mungkin selama ini, dia hanya endah tak endah dengan aini. mungkin selama ini, tindakan nisa langsung tidak menunjukkan bahwa dia sebenarnya mengambil berat akan sahabatnya itu, bahawa dia sayang akan sahabatnya itu.

terkenang lagi akan kata-kata aini terhadapnya dahulu,

"you... no matter what, we'll remain besties ok. you're the best friend i have ever had! i sayang you sangat. i anggap you mcam adik beradik i sendiri"

menitis air mata nisa mengenangkan kata-kata aini. sungguh tidak disangkanya persahbatan yang amat mereka sayangi itu tiba-tiba ibarat tsunami melanda acheh. tiada siapa yang sangkan akan tragedi itu. sekali terjadi, banyak yang musnah. bandar itu seolah-olah menjadi padang jarak padang tekukur. begitu jugalah ibaratnya persahabatan mereka kini.

"i wonder how can we be friends we we, ourselves don't even know each other? i mean.. look at us............." , kata-kata itu masih menyengat lagi di sanubari nisa. bukan beerti dia menyalahkan aini akan apa yang terjadi. cuma, nisa masih bingung. nisa masih berasa bersalah akan apa yang telah terjadi. tidak pernah disangkannya cuma dengan satu perkataan yang pernah dihantar olehnya kepada aini melalui mesej pesanan ringkas ; "haha" telah menyebabkan mereka berperang.

fikir nisa, mungkin pada waktu itu dia bersalah juga kerana tidak memberi kata-kata yang sesuai pada waktu itu. iya lah. sedang aini bersedih, boleh pula dia membalas mesej aini dengan ; "haha". tapi, apa yang boleh dia lakukan? nisa sendiri mengalami satu fasa yang tidak mahu dilaluinya. dia sendiri pun sedang berduka cita akan sesuatu. ditambah pula dengan kerja yang menimbun dan masalah ini dan itu. hmmm.. mungkin sahaja aku sendiri yang tidak tahu membezakan antara perkara peribadi dengan tidak, getus hati nisa.

kini, apa yang diharapkan nisa hanyalah mereka bisa berbicara kembali seperti sediakala. tapi, kalau diikutkan, pelik rasanya. sungguh aneh. sesungguhnya nisa orangnya kaku untuk menyatakan sesuatu. apatah lagi mahu meluahkan sesuatu setelah berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga antara mereka. mungkinkah mereka kembali menjadi seperti sedia kala atau mungkinkah mereka berlagak seolah-olah mereka adalah orang asing. persoalan itu bermain-main difikiran nisa sehingga dia tertidur.

footnote: susahlah nak elaborate kisah ni. tapi, i hope the reader(s) can get what actually i want to tell.

No comments: