Disclaimer : Bak kata Juria Afina: "This is not a revelation, this is just a piece of my brain"
Simply put, dalam setiap penulisan ada FIKSI dan BUKAN FIKSI nya. Kalau terasa, tanggung sendiri :)

#You might find yourself in my writing(s), that's how I acknowledge your presence in my Qalb.

Sunday

kertas dan pensel

pada petang itu, kertas termenung bersendirian . terkenang olehnya akan apa yang berlaku dalam kehidupannya. kadang ia ketawa sendirian, kadang ia menangis; mengenang memori yang tidak putus putus bermain di kotak fikirannya.




dari jauh, pensel melihat sahaja kertas yang berkelakuan begitu. aneh dilihatnya kelakuan kertas. mahu ditanya apa masalah sahabatnya itu, tapi takut sahabatnya tidak bersedia menceritakan. tapi, oleh sebab kasihan bercampur baur dengan perasaan ingin tahu yang mendalam, diberanikan juga dirinya untuk menghampiri kertas.

'kertas, kenapa kamu ni? ada masalah ke? ceritalah kepadaku. aku sedia mendengar. yang mana boleh aku bantu, aku bantu', tanya pensel.



'tak de pape lah. kamu jangan risaulah' jawab kertas seraya melemparkan senyuman manis kepada pensel.

'tapi, kenapa kamu sekejap menangis. sekejap ketawa? peliklah. kamu tak gila kan? sebab aku takut kawan ngan orang gila..'



tersenyum kertas mendengar kata-kata sahabatnya. terus ia jawab, 'taklah. kalau aku gila, da lama da aku cekik kamu'

***

malam itu, pensel didatangi kertas.

'pensel, malam ini aku nak tidur dengan kamu boleh?' , tanya kertas.

'boleh. marilah'

'pensel, boleh tak kalau aku peluk kamu?'

aneh dengan sikap kertas, pensel meng-ia-kan sahaja.

'pensel, aku nak minta something lagi boleh. aku nak dengar kamu cerita.'

pensel akur sahaja dengan kehendak kertas. berceritalah ia kepada kertas.

setelah selesai bercerita, pensel terus bertanya kepada kertas 'eh, kamu ni kenapa? ada problem dengan cik abang eh? oohhh.. da jumpa buah hati tak bagitau eh. sampai hatii....'

kertas hanya menjawab, 'taklah. mana ada buah hati' seraya senyum kepada pensel. 'pensel, aku ada permintaan lagi sebenarnya....'

'apa dia?' tanya pensel.

'dalam locker aku, aku ada simpan satu kotak besar. dalam kotak tu adalah sikit barang. setiap satu daripadanya ada nama pemiliknya. boleh kau berikan kepada pemilik-pemiliknya? if possible, bagilah pagi esok ye. aku nak, bila aku bangun tuannya dah terima, boleh?'

'insya-Allah. kenapa kau tak bagi sendiri je?'

terus dilekapkan jari telunjuknya ke mulut pensel. 'aku ngantuk lah. nak tidur. boleh? tapi, sebelum tu, aku ada last request. boleh aku minta satu ciuman selamat malam?'

bertambah aneh pensel dengan sikap rakannya. tak pernah pernah rakannya membuat permintaan sedemikian. bahkan kertas lah yang akan mengelak jika dia cuba cuba untuk mencium kertas. hatinya sudah mula gusar dengan perubahan sikap kertas. tapi, akur juga dia dengan permintaan sahabatnya itu.

'terima kasih, pensel. ily. assalamualaikum'

***
'sejuk betul badan dia ni. sebab air-cond kot. isyy. da taw semput lagi nak tidur dalam bilik ni.' terus diselimutkannya sahabatnya itu. 'haih. penat sungguh kertas ni. tak sedar langsung. takpe lah. biar aku bagi kotak tu dulu. nanti ngamuk lak kertas. susah aku. da la dia ni sensitif lebih dari pompuan ngandung' cetus hati pensel.

masuk sahaja ke dalam bilik kertas, berkata ia, 'hmm. bersihnya bilik kertas ni. tapi kenapa dia letak tuala kat atas katil. mesti dia lupa nak masukkan dalam almari. ahh, biarlah'. terus pensel pergi ke locker kertas dan diambilnya kotak yang dimaksudkan.

sebaik sahaja dibuka, seperti yang dikatakan oleh kertas, memang banyak sungguh barang dan kotak-kotak kecil didalamnya. ada anak patung, ada ros kering, malahan ada botol botol kecil yang berisi kertas.

'wahh. untuk siapa semua ni? isyhh.. tak sangka kertas ni romantik juga. muka macam singa. tak pernah nak senyum. tapi......' pensel berkata-kata sendirian.

diambilnya satu daripada barang itu. yang tetulis di situ hanyalah; to:pensel.

seronok sungguh pensel bila dilihat namanya yang tertulis. diambilnya lagi satu barang. sekali lagi, nama yang tertulis adalah pensel. 'eh, kenapa hadiah ni untuk aku? peliknya kertas ni' terus diambilnya lagi. kali ini, dia ambil botol yang berisi nota pula. sekali lagi, namanya juga yang ditulis. terus dia buka dan baca apa yang tertulis.

"dear pensel,
sorry lah aku mengelak tadi. eeee.. geli laa. yang kamu pun satu. nak cium cium aku buat apa? geli taw! lain lah kalau kamu tu laki. seronok la juga.. hihii.. husband aku kee.. ni....... apa-apa pun, thanks for showing that you love me. i love you too pensel. kamu janganlah merajuk ye bila aku tak balas ucapan ily kamu tu. sungguh, uhibbuki."

mengalir air mata pensel sejurus dia baca luahan hati sahabatnya. selama ini, dia ingat kertas tidak pernah menyayanginya. mahupun menghargai perbuatannya. diambilnya lagi nota yang lain.

"dear pensel,
hari ni aku seronoooooooook sangat. you have made my day, dear. hihii. tatkala aku sedih, pandai je kamu buat itu ini ye. tapi, aku nak minta maaf gak. aku bukannya tak suka.. cuma, aku kaku la nak respond. you know an.. aku ni kekok sikit. hihii. thanks pensel! bff, okayh!"

bertambah basah pipi pensel membacanya. terkenang pensel akan kejadian pada hari itu. kertas langsung tidak mengendahkannya. malahan, kertas sedaya upaya menjauhkan diri daripadanya. hari tersebut, pensel benar-benar terkilan dengan sikap kertas. 'kertas, kenapa kamu tak pernah nak luahkan semua ni?' cetus hati pensel.

kali ini pensel capai satu nota. dibacanya nota itu. seraya itu terus dia berlari ke biliknya untuk mendapatkan kertas. dipeluknya kertas. dikejutnya sahabatnya itu. namun, tiada respon. dirasa nadi sahabatnya itu. ya rabbi! gadis yang menjadi temannya menangis dan ketawa telah perg menghadap yang Maha Esa. lemah longlai pensel dibuatnya. berderai air matanya membasahi bumi. kebetulan pada waktu itu, salah seorang sahabat mereka masuk ke dalam bilik pensel seraya mendengar tangisan dan teriakan orang. sahabat yang selama ini tidak pernah menunjukkan perasaan sebenarnya kepada orang kini telah tiada. pensel bertambah pilu pabila ia terbaca coretan kertas;

'nobody knows me well. no one. nil. mungkin semua ni terjadi sebab aku sendiri. aku yang tidak membenarkan mereka menyelami diriku. hmm. it's not that diorang tu stuck up or what. sebenarnya, aku takut. sungguh. aku takut sangat.

maafkan aku. this is just me....................' pensel yang terlalu sebak, terus menutup coretan kertas yang selama ini tidak pernah dibenarkannya oleh kertas untuk menyentuh coretan itu.

2 comments:

Azmierul Che Mat said...

tak jelas duh cter nieh.
haha

Amirah said...

hahaa. mirul, i cuma nk sampaikan yg when someone's ignoring or didn't say that he/she loves you, doesn't mean that dia tak suka. and, some people selalunya akan fikir orang yang diam dan menyendiri tu stuck up whatsoever la. tapi, mungkin ada maksud di sebaliknya. adoyy. susah la nak terangkan. it's just something that can't be explained by words. hmm. -.-'